FOLLOWER

Thursday, October 31, 2013

TUKAR BENGKEL

Bengkel call dan kata masalah temperature bercampur masalah enjin yang kritikel.

Abah infom saya,
Saya infom incik lalan,
Sebab takut lah kena tipu !

Incik lalan sangat tak berpuas hati dengan jawapan mengenai "enjin" dan khuatir ditipu kerana saya pernah ditipu berkaitan pembaik pulihan kereta.

Then tiba2 incik lalan kata
"Hantar kereta ke Melaka"

Katanya dia nak tengok2,
Katanya sy py meter gelong,
Katanya tiada kaitan enjin.

Saya okeh je,
Memandangkan saya pun balik petang,
Dia pun melawat farm di kawasan saya,
6 petang dia datang farmasi,
Kebetulan abah pun ada.

So explain punya explain.
Saya bawa lah kereta,
Incik lalan follow belakang.

Cuma, yang hanginnya.
Sepanjang perjalanan,
Temperature kereta saya cun je (-_-)
Langsung tak bermasalah (-_-)

Bergurau lah kereta ni !!!!

Kemudian,
Lepas hantar kereta.
Makan-makan ketam !
Nyummy ! Hehehe


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, October 30, 2013

MACAM COOL JE-MACAM COOL JE-MACAM COOL JE

Harini gi kerja naik skuter,
Mule-mule rasa x confident,
Dah lama biarkn skuter tu tau.
Yg guna abah dengan mama je,
Tu pun setakat ke kedai runcit.
Saya ?? 3 tahun tak bawa skuter tu melepasi sempadan halaman rumah.

Since kereta rosak,
Bawa je skuter.
Nk pjam krete uncle.
Malas lah. Leceh.
Biasa nya kereta rosak bawa kereta acik sebab acik jarang guna kereta dia tu.

So, pagi tadi, terfikir,
bawa je skuter !
Mula2 memang blur-blur juga
Lupa jalan kecik yang boleh dilalui tanpa helmet. Haha. Tk mau lah pakai helmet. Rosak shawl iols nnti ;p

Bila mula bawa harini,
Terus rasa diri ni cool gila.
Terus rasa diri ni remajaa gila.
*kibas shawl*

Sepanjang jalan,
Selisih dengan custmer,
Naik lenguh pipi tersengih-sengih.


Pergi singgah beli breakfast,

Semua tanya :
"Kereta mana ??"

Saya jawab :
"masuk UNIT RAWATAN RAPI ICU sebab cedera parah"

Semua orang gelak.


Kemudian dapat makanan free !
2 bungkus nasi lemak.
Wah ! Untung betul harini !
Berkat sengih sepanjang jalan.

Then ke pejabat pos,
Saya parking motor kat kawasan kereta.
Dah parking baru ingat
"Hoi kin ! Ko bawak motr, bukan kereta ! Yg ko tamak parking motor kat kawasan petak kereta pehal !"
Hahaha


Then yg spoilnya,
Ke pejabat pos jap sebab nak settlekan bill, tiba2 akak kaunter tegur :
"Umur awak berapa ye ? 27 ke ?"
(-_-) see, selama ni saya nampak tua.
Harini berskuter baru orang perasan yang saya ni masih muda remaja anak dara bergetah kecik molek (-_-)

Ini semua salah pasangan ! Dia nampak muda, saya nampak tua (-_-)

Mulai harini, bagi shift 9pagi-6petang. Nak bawa motor je. Senang dan mudah. Tak da lah hegeh-hegeh melintas jalan lah. Cool gila.

Yang penting.
Nampak muda.



Masih remaja,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DOKTOR GIGI

Tengah kemas-kemas farmasi,
Ada custmer,
Borak-borak. Then dia bg kad kata doktor gigi.

Macam tahu2 gigi tengah blubang ni !
Seram nye !!!
Nak pergi ke x ni !!

Saya selalu bayangkan,
Kalau doktr gigi tengah gerudi gigi saya kan, then tergerudi gusi sekali,
Kemudian gusi saya berlubang dan berdarah !!

Scary-scary

Nak ajak mama,
Sebab mama pun tengah sakit gigi.
Hewhew.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

KERETA SAKIT LAGI

Kereta rosak lagi !
Macam ada saka tau,
Baru start enjin tibe2 temperature ke "HOT" tapi lama2 bawa dia balik "normel" tapi tiba2 dia naik lagi, then tak sampai 1 minit dia normel lagi.

Eh temperature ni bergurau.
Ye, pernah terfikir dan terbising kat telinga ni suh beli kereta baru.

Tapi, tu lah.
Bila dia buat perangai dan sakit memang terfikir nak beli baru tau.

Tapi bila dia dah sembuh,
Terus tak jadi ! Haha. Terus rasa perlu hargai nikmat yang ada. Huhu.

Antara yang membebel macam biasalah incik lalan. Dia cukup anti pada kereta saya. Kalau lalu sebelah kereta saya, dia tendang saya punya tayar. Kurang asam kan ? Ye, dia memang zalim (-_-)

Saya ni kedekut binti hajah bakhil. Kalau boleh hujung bulan tak nak bayar hutang kecuali bill HP. Haha. Malas nak depressed2 lah. So bila gaji, pk utk dating dn family. Settle. Sonang hati.

Nanti lah ea asyik bagi cadangan tukar kereta baru. saya tengah bujang ni. So relak. Sekarang ni bujang, enjoy. Orang kata, anak dara kalau pakai kereta besar baru cantik2 ni, nanti orang bujang takut nak meminang. *Hah ! Hambek, aku dapat duda. Hahahahaha.*

Kesimpulan,
Selagi kereta tu gerak. Saya bawa. Then sapa2 masuk meminang nti, nk letak hantaran kereta BMW X6 sebijik. SETTLE. Hahaa

Peace,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 29, 2013

TUHAN, JAGAKAN DIA

Since incik lalan bawa saya jumpa family dia, tiap kli bborak dlm phone dengan incik lalan, saya rasa "malu-malu kucing"

Rasa pipi yang tk berapa putih ni,
Terasa pink-pink
Huhu

Macam terbayang-bayang wajah mak ayah incik lalan bile dengar suara incik lalan, suara pun sipu-sipu gituh.






TETAPI,
Sedang saya tersengih sendirian.

TIBA-TIBA,
teringat pula,
Sahabat baik saya yang dah nak kahwin, tapi ada masalah dalam rezekinya,

Dikala betul2 memerlukan.
Disekat rezeki.
Disekat masa.
Disekat sedikit baki yg tinggal utknya.
Beberapa bulan sahaja lagi majlisnya.

Semoga ada hikmah disebalik apa berlaku. Semoga dimurahkan rezekinya. Semoga diringankan bebannya. Semoga dihilangkan segala derita dalam jiwanya.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, October 27, 2013

TIPS BERJUMPA MAK/AYAH MERTUA KALI PERTAMA

Assalamualaikum.

Memandangkan memori masih segar diingatan. So nk bagi tips juga. Hehe. Kerana, saya sendiri sebelum jumpa mak ayah incik lalan, 24jam duk menggoogle TIPS BERJUMPA BAKAL MERTUA. Haha.

Adalah normel sekiranya anda mengeletar, resah gelisah dan berfikiran bukan-bukan sebab simptom-simptom itu adalah simptom gelisah yang membahagiakan. Rasa gemuruh mesti akan ada sebab sebagai manusia we want to create good impression on others.

Ok, jom mulakan.
Hehe.


1) BAWA BUAH TANGAN :
Masa saya berjumpa mak ayah incik lalan, saya bawa makanan. Memandangkan homestay yang mereka menginap tiada dapur gas, so, saya ambil peluang sebaiknya. Masakkan lunch untuk mereka. Buat Mee bandung / Bergedil / Labu masak lemak / Ikan goreng / Sambal belacan / Ayam Ungkep. Mereka makan depan saya dan bersama saya. Hehe. Sambil bborak mesra :)


2) BERPAKAIAN SOPAN :
It's best to be urself, but be ur well-mannered self. Pakaian biar sopan...kalau memang biasa pakai baju kurung, then it yg terbaik. Tapi kalau tak biasa jgn paksa or u'll be so uncomfortable.

Saya, memilih baju kurung. Tapi even baju kurung, jangan lah dipakai baju kurung yang penuh berlabuci bermanik berkilau-kilau macam pengantin ye. Please jadi simple :)


3) RESTU KELUARGA ANDA :
Ok before anything else, jgn lupa sampaikan salam kepada mereka from ur family...this shows that u are there with their knowledge & not behind their back. Lagi pun ni menampakkan yg kita ada keluarga yg very much part of our lives...

Dn its sweet, abah dengan mama pun asyik ingatkn saya "kirim salam mk ayah lan, jangan lupa"


4) JANGAN OVER MENUNJUK :
Bersederhana...mesti nampak kemas & rapi. Kalau ur bakal dari keluarga middle income, jgn pulak u don urself with expensive branded stuff...takut mereka terkejut & takut nak jadi kan menantu. But even they r well to do...tak blh pulak outshine his mother...nanti dia feel threaten lak...so the best is to be moderate.


5) BERTINDAK IKUT SITUASI :
Whether u nak masuk dapur or not really depends on what happen after the first minute of meeting them. U have to assess the situation and his mother...sbb ada orang tak suka orang lain masuk dapur mereka..it's like their sacred territory. Or u can do homework, again, and ask ur bakal hubby...but then again most guys are oblivious to this. Best thing...lepas makan...gather ur crumbs and offer to bring the dirty dishes to the kitchen. Kalau Mak dia bagi green light baru masuk dapur & CUCI skali.

Mcm sya, kak gelak. Maybe npk sgt sy poyo mengelabah. Hahaha.


6) RAMAH DAN SOPAN DAN SANTUN :
Appear friendly tapi jgn ramah sangat...sampai offer info yg terlebih lebih. Listen more and talk less. And pls dun talk with ur mouth full of food... Senyum biar selalu di bibir tapi tlg jgn ketawa berdekah-dekah.


7) KEBERSIHAN DIRI :
Take note of ur personal hygiene ya...esp ur nails...both on ur fingers and toes. Nampak mcm perkara remeh but ppl notice this kind of things.

KESIMPULANNYA :

1) bawak buah tangan. preferably kalau buat sendiri.
2) pakai sopan. kalau boleh jangan pakai jeans and tshirt sendat.
3) Rajin ke dapur untuk tolong basuh ape2 pun walaupun letak pinggan atau cawan kotor
4) Jgn byak bercakap. Banyak senyum n iya kan saje ape yg org tua bcakap. jangan gelak mengilai atau kuat sangat
5) Jgn terlalu bertepek ngan bakal suami (bakal je tu kan... belum jadi suami lagi)
6) Duduk elok2 dan bersimpuh
7) Banyakkan merendah diri jangan bangga diri


Ingat,
tak perlu selindung..
kerana kita ikhlas sayangkan anak mereka maka dengan keikhlasan, insyaAllah, kita akan diterima


Hehe.

PEACE,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

HADIAH HARI JADI TERINDAH

Berjumpa family incik lalan dan adik-adik incik lalan. Hadiah hari jadi terbaik yang sewajarnya dikenang :)

Kepada yang gelabah2 nk berjumpa dengan bakal mertua. Cool & Relax ye.
Once you set on your first step, then the next steps will be natural.. Bila anda jejak kaki pertama kali, langkah-langkah yang seterusnya anda akan tahu apa yang perlu anda buat.. For me, it will comes naturally..

Dan saya pegang, Resam dunia realiti, kalau kita tak buat benda-benda yang membencikan, orang tak akan tak ada sebab, alih-alih nak benci kita, tak suka dekat kita..

Terima kasih incik lalan.
Walaupun dia tinggalkn saya dengan mak dia dan dia konon2 baca surat khabar dengan khusuk. Tapi xpa ! Nasib baik lah adik incik lalan ada. Dan kami dah ngam. Hehe.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...