FOLLOWER

Thursday, September 5, 2013

RUMAH IMPIAN BILA TUA


YAKIN PADA REZEKI ALLAH.
INSYAALLAH,
kalau kita usaha keras,
dengan nama Allah, tiada yg mustahil.

kami suka,
dalam kereta berdua,
pasang impian bersama ;)

RUMAH BAGAI ISTANA



hendaklah dikelilingi air mengelilingi rumah,
bangun pagi,
lepas breakfast bagi ikan koi makan ke,
ikan kelisa ke,
ikan paus pun boleh lah !
ada angsa berenang-renang bersama anaknya. wah.

LALUAN MEMASUKI RUMAH INDAH


ini impian incik lalan,
bila lalu UPM dia suka sangat pokok ni,
katanya laluan masuk rumah kena ada pokok besar ni,
then kat rumah nanti akan ada berekar ekar tanah,
hendaklah dikelilingi dengan pokok ini.


BINATANG PELIHARAAN (1)


Dia nk bela kuda katanya,
yelah, doktr haiwan kan. mcm2 nk dibela,
incik lalan boleh jalan2 naik kuda.

BINATANG PELIHARAAN (2)

Rusa !
katanya juga,
kalau ada tetamu datang rumah,
boleh tangkap sekor dan panggang. hahahha

sebenarnya bnyk lgi haiwan dia nk bela sebenarnya,
siapa ada ruangan main golf,
memanah lah.
hahahha



HALAMAN BELAKANG RUMAH DIPENUHI BUNGA LAVENDAR


mesti indah dan wangiiii ;)
SubhanaAllah. cantikkan ?

aha, sebelum nak ke taman lavendar ni,
nk buat satu lorong,



dan 1 tangga cantik :)



Haa, indah kan ?
tk salah kn berimpian ;p

dan masa tu,
nk ajak mama abah 
dan mk ayah incik lalan duk sama.
yelah, rumah dh macam istana kan.
hahahhaha

InsyaAllah.

fairytale girl,
FatinFashiekin


Wednesday, September 4, 2013

KEBURUKAN CONTACT LENS

Asyik upload gambar pki glasses je kan ?
Kalini ok no glasses.

Yela, saya ni kan rabun.
Rabun kategori teruk.
Kategori cermin mata hilang saya serupa orang buta. Haha.

So saya akan pakai lens bila berjalan je.
Biasa2 malas lah. Lecey.
Ingat seronok pakai lens ?

1) Mata letih :
Sebab mengantuk tapi tak boleh tidur.

2) Mata pedih :
Kalau drive then dengan aircond, mata kering. Macam ada bulu mata dalam mata. Tak selesa.

3) Mata sakit :
Bila pakai maskara, kita nk cuci mata kita kan untuk sembahyang ? Dalam masa yg sama pakai contct lens. Memang kene sgt berhati-hati. Macam saya, saya suka pakai tisu basah dulu. So rasa pedih2 sket. Tk selesa.

4) Mata risau :
Nak jaga mata dari kena habuk lah. Dan macam2.

Lecey gila.

So bila jalan jauh dan simple baru lah pakai lens. Bila pakai lens. Baru lah boleh meluah kn rindu pada sunglass. Tu yg blambak gambar pakai sunglss. Haha.

Lagisatu, bila pakai sunglass,
Pipi rasa sikit leper,
Hidung rasa sikit naik. Huhu.
Macho gitu.

Bila bgambar incik lalan kata saya suka buat muka merajuk, muka tmenung, muka marah. SEBAB SEBENARNYA saya tk blh terima hakikat, pipi saya ni bila senyum lebarrrr sangat. Macam ni (@______________@)
Hhaahahahah


Bagi lah can sikit ea,
Nak melaram-melaram ni.
Dah lama rasa tk upload wajah sendiri
;p

Gadis Rabun Jauh,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, September 3, 2013

SEDANG JAGA DIRI SENANG DIRI

Dia BBM,
Katanya seharian suntuk penuh seminar kemudian asyik makan. Katanya jaga diri. Katanya lagi, dia sedang jaga diri.

Tuhan,
Jagakan dia.

_________________________________________


Sebelum dia pergi, saya ada tanya dia soalan :

1) Apa number hp saya ?
Dia : 019---9329

2) Siapa nama penuh saya siap dengan nama abah sekali !?
Dia : *gelak besar* nak bt apa kena cakap nama penuh awak... Haha.

Yelah, kot2 ada terhilang tercicir kat sana. At least ingat number saya.

Benda simple dia selalu cuai.
Tu yang risau.
Bila dia gelabah, dia pelupa,

Wallet pun selalu lupa.
Hp selalu merata.
Charger hp tu pun kalau tak diingatkan,
Confirm lupe.

Tapi saya suka ingtkan dia.
Wajib.

With love,
FatinFashiekin



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, September 2, 2013

KALI PERTAMA

Hei awak.
Jaga diri makan pakai perangai di tempat orang.

Tak ada saya kat sebelah untuk tegur setiap salahnya awak,
Setiap kedut baju awak,
Setiap lawak muka awak,
Setiap kusut rambut awak,

Tak ada saya kat sebelah untuk marah kan nyamuk kerana menggigit awak.

Tak ada saya kat sebelah untuk ingatkan bila sewajarnya awak makan dan memaksa keras awak untuk makan.

Tak ada saya kat sebelah untuk mendengar kutukan awak yang sentiasa bermodal untuk saya.


Dan kat sini,Tak ada siapa teman kan saya balik kerja macam selalu, *serams*


Saya balik 9.30malam,
Perjalanan balik ke rumah saya sangat seram. Berbukit dan dikelilingi kelapa sawit simedarby. Horror gile.

Dan tak berlampu jalan langsung.Rutin bertahun. 9.30 dia wajib pickup call. Even tengah duk dengan mber. At least 1 minit excuse kejap kata gi tandas ke. Sebab jalan yang saya lalui tu dalam 1km je tapi bbukit dan bselekoh. Nk bawa laju pun tak boleh, cari pasal langgar kelapa sawit.

Kebiasaan, kalau dia tertidur pun,Saya still akan call dan rasa puas hati lah even cuma dengar dia kata "hmm-hmm-hmm"..at least kalau tibe2 kereta rosak ke, ada dengar suara orang, rasa lega. Kalau kena culik ke, dia jd saksi. haha.


Saya tak call orang lain,Sebab kalau call mama msti mama jawab "kenapa call ? Takut pocong ke ?"Hah !! Masa tu kt tgh kelapa sawit, dengar statement "pocong".. Mampu !

Dulu pernah juga en lalan bt perangai, tgh2 gelap dia kata "cuba toleh belakag ada pontianak, depan ada pocongggg" menangis dan meraung saya ! Since tu dia tobat. Haha. Yela, kalau ada sakit jantung dan meninggal tkejut saya, tak ke menduda lagi dia ? Hahahah


Sekarang ? En lalan tak ada.Saya tunggu ada kereta ke motor ke,Baru saya lalu kawasan tu. Hahahah. Lantak lah orang pk saya nak merompak ke, merogol orang ke, yg penting rasa selamat bila ada orang lain lalu kawasan tu dengan saya. Fuhhhh. Kereta tu plahan, saya pelahan. Msti owner kereta depan ingat saya nak merompak dia kan ? Ampun lah bang ek ;p


With love,
FatinFashiekin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MINYAK RON95 DAN DIESEL

Kepada yang merungut, sila pergi kerja naik basikal. Hehe. Stop merungut, tapi pk cara nak settle kan.

Work hard dan naikkan income tu melebihi 20sen. Haha.

Ingat, jadikn HARINI LEBIH BAIK berbanding SEMALAM. So bhenti merungut mengenangkn semalam, kita masih ada HARINI.

Apa kita dapat dengan menghasut pihak lain ? Memaki hamun ? Please, being polite dan jadi matang.

Senyum lebar-lebar.
Sedih tengk wanita dan lelaki mengeluarkan statement mcaci maki dgn pkataan "haram jdh" "puk****" "barua" "bab*"...

Awak-awak, bahasa awak mencerminkan diri awak. Saya sedih tgk pwatakkan sebegitu. Cnth adam adli tu ? Asyik dia je. Haih. Dia tak menikmati usia muda dia ? Ttpi tlalu taksub menentang krjaan. Bayangkn pada usia 70tahun nanti ? Dia tak menikmati rasa satu padu antara satu sama lain.

Kawan2 saya ramai pembgkang, tapi kami tak berbalah. Bila berjumpa, saya masih senyum angkat tangan. Yg perempuan pula masih blaga pipi bila bjumpa. Bila duduk semeja kami senyum mesra. Bila cerita isu politik kami bcerita sambil gelak mesra.

Jangan jadi "taksub" sangat.
Relaks. Lumrah hidup.
Kalau benda buruk, pk something jadi kan baik.

Ye kawan-kawan.
Senyumm :)

Hidup panjang,
Rugilah kalau merungut je.
Ye tak ?

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

ADIK

Baru balik kerje,
Korang tengk siapa belakang saya.
Terus memanjat.

Budak oo Budak.
Awal oo Awal.

With love,
Fatinfashiejin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, September 1, 2013

JAGA DIRI JANGAN NAKAL

31ogos haritu,
Ada pergi ke Taman Orkid dan Taman Botani. Memandangkan kami dah ke Sungai Bulh, so kesempatan yang ada saya ambil dengan permintaan untuk diambil gambar bagi menukar header blog saya *sengih lebar nampak gigi*

Yelah, dah lama rasanya 7D dia tak berkhidmat pada saya. Huhu. Ala, actually tak sampai 20keping pun. Kat taman orkid 8minit singgah, kat taman botani dalam 15minit. Seriously ! Sbb dah petang dan saya punya motif just nak tukar header blogs. So dapat kn dalam 4 keping confirm bkenan. Terus blah.

Sempat juga dia cerita, dulu zaman student port tu jadi tempat dia dating. Saya balas "kalau boleh kembali ke zaman silam lah kan. Pasti masa tu dahi awak bengkak kena baling dengan batu. Sebab saya akan makesure batu besar saya baling pada awk, padan muke !" Hahaha.

Dan incik lalan pun esk akan terbang ke thailand bersama doktr Tan maybe selama 5 hari atau seminggu. Tak pastilah.


For this time,
Dia pergi outstation. Saya dah pesan pada dia. Tak perlu lah call saya macam sebelum ni. Sebab dah puas dah every year dia outstation, balik malaysia, bill sampai RM600 lah. Tahun lepas, dia pergi 3hari tapi bill RM600 ??? Kesian pula pada dia. Ye, sebab dia tak beli simkad kat sana. Tgk lokasi. Before this kat chiangmai, ceruk hutan. Mana nk cari kedai telefn.

So kalini saya memahami lah. Dah pesan awal2. Banyak juga saya pesan. Saya kata :

1) kalau seminggu awak kat sana dn seminggu awak tk sms atau call memang akan ku kenanglah tarikh tu sampai anak cucu dn memperingatinya sbb selama kita kenal tak pernah langsung sehari tak contact. Even gaduh pun mesej still masuk walaupn mesej cari pasal. HAHAHA

2) Dah lama kita kenal. Dan dah macam2 kita lalui. Dan sekarang, saya dah tak ada ragu2 macam sebelum ni. Saya bagi kepercyaan so jgn khianat. dengan apa kita rancang, dengan apa kita dah harung, saya dah yakin. Kalau tak dapat beli simkd, its ok tak contact. Jangan bazirkan diri call utk pbualan tk seberapa tp bill dekat 1k. Kalau ada wifi kat hotel, just email. Kalau ada emergency baru call. Saya jaga diri, awak pun sama.

3) Tak payah beli kan apa2. Coklat ke. Sebab coklat lah saya makin gemuk. Yelah, saya kan "mentimun".. -ye, dia asyik panggil saya mentimun. Kejam gile siut. Statement dia "usahlah nak bandingkan kacang panjang dengan mentimun".. Kejam gile !!!


Tu je.
So saya single but not available.
Seminggu putarkan lagu aliff satar (jangan nakal)

Please-please-please
Kamu jangan nakal,
Ku pergi sebentar bukan untuk curang

Oo please-please-please
Kamu jangan nakal,
Nanti aku datang,
Bawa yang kau pesan

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...