FOLLOWER

Saturday, August 3, 2013

BAIK DIBALAS BAIK

Tak cerita lagi kan.
Ada pak cik dan mak cik suami isteri (pelanggan). Datang farmasi. Saya pun kata : "hai cik.. Remafen ye ?" Sambil tersengih sengih. Almaklumlah. Saya ni kan mesra alam.

Kemudian mak cik tu hulur pada saya, dan senyum. Then pesan, raya kena datang rumah :)

Tersenyum saya. Allhamdulillah.
_________________________________________

Kadang-kadang kita tak sedar setiap apa yang keluar dari mulut kita. Oleh itu, berjaga-jagalah.

Buat orang yang berada disekeliling kita bahagia dan gembira bile berdepan dengan kita.

Dan,
Jangan buat orang terluka dengan sikap kita yang tajam dalam berbicara dan acuh tak acuh.


Bila kita susah hati, sakit hati, pedih hati. Cuba, berdepan dengan "strangers".. Contoh ke pasar dan nampak orang tua tengah berjalan, dan kata "Assalamualaikum Mak Cik, Selamat Pagi" kemudian senyum manis-manis..

Tak pun, bawa kereta dijalan taman / kampung. Berselisih dengan orang tu. Jangan buat "derk" je ye. Cuba senyum je. Dan angkat tangan tanda bertegur sapa.

Pergi shopping complex, borak mesra dengan cashier dan bukannya memasam muka konon cashier tu lambat dn dimaki. Apa kata, kata pada cashier tu "terima kasih dik, selamat beribadah dalam tugas" tak pun "awk balik kerja pkl brapa ? Bsemangat je awak kje akk tgk. Segar".. (Kuasa pujian)


Nampak tindakan yang mudah kan ? Tapi pernah dibuat dan diamal ? Kita manusia ni kadang2 ada ego. Ego tak bertempat. Nampak saham tinggi kalau menyombong. Cuba rendah kan hati, buka mata dan pandang sekeliling yang berselisih dengan kita. Senyum manis-manis.

Cuba lah.
Sangat Positif.
Senyum, bukan susah.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, July 31, 2013

SETTLE

Tahun ni tahun "bujang tua"
Raya tak ada vouge sangat.
Maintain. Merendah diri.

Saving didahulukan,
Perbelanjaan dikurangkan.
JANJI DITEPATI ! Haha.

Beringat untuk future yang bakal dijelajah. Bersabar.

Tahun ni baju raya cuma sepasang,
Even semalam teman mama shopping, nafsu saya kembang kuncup melihat baju raya berbagai fashion. Mama pulaa, "kin ! Cantik ni !! Mama beli, jangan jeles" ceh. Sakit pulak hati kite ni.

Tungu mama siap shopping berjam-jam dan memanaskan mata saya yang memerhati ni. Memang letih sangat lah. Abah dah surrender. Mama shopping abah dah booking kedai mamak nak tgk berita katanya. Saya dengan adik2 terkedik-kedik ikut mama.

So, bila nafsu tak terkawal,
Terus kata pada adik2
"Tunggu mama lama. Jom ikut akak kita lepak KFC. Kfc ayam 5 ketul baru RM16.00. Kalau baju hangus beratus. NONONONO"

Haha.

Salam Ramadhan,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MISI RAMADHAN BERJAYA

Saya dah kurus !
Saya dah kurus !

55kg-53kg-49.8kg !!!
Seronoknya !!
Raya dah boleh pakai peplum.
Haha.

Dari saiz pinggang 28 bertukar ke 26.
Dari 55kg (max) dah dapat 49.8 !!

So cabaran seterusnya,
Saya boleh turun 5kg dan berjaya membuktikan pada incik lalan mengikut arahan dia. Dan dia pula kena naikkan berat badan 5kg ! Haha. SIAP DIA kalau tak boleh. Sebab kami ada deal.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, July 28, 2013

KES-KES PENCULIKAN

Harini saya teman incik lalan shopping raya. So bila dah balik tu, ada 2 pilihan jalan. Samaada jejantas atau bawah.

Tapi, saya ni kan leceh. Malas gila nak naik jejantas. So sy dengan incik lalan ambil kptusan lalu jalan bawah. Lepas je melintas jalan baru incik lalan teringat yang seluar dia still tak ambil. Yela, kan take time kalau memotong seluar.

So sementara menanti incik lalan masuk ke shopping complex semula, saya tunggu di pondok bas, bseorangan.

Tiba-tiba,
Ada sebuah motorsikal mundar mandir depan saya kemudian berhenti depan saya. Tepat dan mengerikan sungguh ! seorang lelaki umur 40-an (ala2 muka bapak delisha dalam ramadhan yang hilang) datang dan kata pada saya "nk tumpang ke ? Mari ikut saya, saya tumpangkan ! Saya bawakan awk ! Mari ! Mari !" Sambil acu kan helmet dan suara memaksa, muka pula memang macam penjenayah.

Seram gila !!! Saya kepit handbag dan bsuara lantang : "EEEEEE !!!!!!!! Tak nak !!! Tak nak !!!! Tak nak !!!! Saya tunggu husband saya ! Dia ambil barang ! Kejap lagi dia sampai !!" Lepas dengar perkataan "husband" dia terus kelam kabut start enjin dan blah.

Saya pula terus call incik lalan dan kata "cepatt !!!!!! Nanti saya kena culik !!! Cepattttttt !!"

Incik lalan bila sampai,?? Tak mengelabah pun dengar. Tapi dimarah lagi ada, sbb actually dia pelawa saya ikut. Saya yang bdegil nak tunggu di bus stop tu.

Dan bila benda macamtu jadi pada saya even ianya sekejap. Saya terfikir, macammana keadaannya bagi orang yg betul2 kena culik ? Kena bunuh ? Ketakutan dan trauma yang dihadapi ?

...Nauzubillahiminzalik...

So pengajaran untuk para wanita :
1) Jangan duduk bseorangan dikawasan yang tidak ramai orang.
2) Jangan parking kereta jauh
3) Makesure kalau terpaksa duduk bseorangan, sediakan sekepal penumbuk dan 1 das sepakan.

Sekian.

With love,
FatinFashiekin



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, July 27, 2013

BUDAK MODEN

Tak ada main meriam,
Tak ada main mercun,
Tak ada main bunga api.

Dalam bilik,
Senyap --
Fokus --

Rupanya masing2 dengan gadget,
Busy dengan game..

Zaman sekarang,
Bermain tanpa menggunakan peluh,
Tetapi menggunakan minda..


Salam Ramadhan,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, July 25, 2013

RAIHANA (ADK PRAKTIKEL)

Salam.

Antara pljar2 praktikel yang dtg ke farmasi sihat. Raihanna antara yang paling lama, sebab kos pharmacist yang dia ambil dan minat dia untuk mbuka farmasi sendiri membuatkan dia terpaksa lama bkhidmat dengan kami. Haha.

Dia sangat manis, dia sangat putih, tapi dia mempunyai masalah kepucatan melampau. Hehe. Aha, kalau gelak memang kuat ;p

Lepasni mesti rindu raihana. Sebab selama dia bsama kami, dah dilayan macam staff tetap. Sorry raihana kalau sometimes akak too much. Kadang2 rasa kesian pada raihanna, sebab yelah, dia pun bukan pekerja tetap. Tapi beban kerja seperti pekerja tetap.

*Study hard dear !
*Semoga termakbul impian nak buka farmasi sendiri !
*Semoga pergi Jepun nanti ingat kami disini. Hhaha


Dimanapun raihana,
Kalau ada masalah ke, benda happy ke tak happy nak share. Jangan lupa, ada kakak kan kat farmasi. Just call. Kami sentiasa ada :)

Selamat hari raya.
LOVE YOU !! Mmuahhh <3

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, July 23, 2013

MENGECAT RUMAH !!!!

Dah nak raye hei.
Dah nak raya !

Cat rumah settle. Ahad niiii,
Pasang pelita !

Raya nanti datang rumah saya k.
Even uols just kenal saya dari blog ke,
Kalau nk beramah mesra,
Kenal mengenali. Jempt lah dtg.
Saya ok je.
siap masakan yg sedap2 tau :)
*promise*

Salam Ramadhan,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...