FOLLOWER

Friday, January 4, 2013

KERETA PEREMPUAN

Assalamualaikum.

Bangun pagi, dimulai dengan segala yang positif. Breakfast, tengok fikrahTV1, basuh kereta, masak dan makan sampai kenyang. Tapau makanan untuk dimakan difarmasi. 12tengahari lock grill rumah, menuju ke kerete. Then, OhTuhankan, and I'm crying so hard. Rasa terduduk dan sayu. Call mama, mama kata nanti mama datang farmasi.

Actually, tak ada apa yang teruk sangat. Tapi rasa sayu hati sangat-sangat. What happen to my car ? Saya baru je basuh kereta saya dengan penuh kasihsayang.
Seriously I'm crying, pergi farmasi, parking pun jauh. Muka merah padam. Buka je pintu farmasi, menangis lagi.

KakAni, KakAlai, KakAida tercenggang. Bila saya cerita, semua ketawa. Yes, benda tu lawak. Tapi maybe sebab saya ni punya lah membersihkan kilat gila. Tapi something happen. YaTuhanku. Rasa sayu sangat tengk apa yang terjadi.

Tengahari mama datang famasi dengan abah, mama gelak besar. Abah pula macam biasa lah tahan gelak sambil geleng kepala.benda kecik macamtu saya nangis gila hyper.

KakAlai kata : "benda kecik macamtu nangis macamni teruk, baru 1 masalah" heehe

Mama kata : "nangis gorong-gorong" means nangis teriak kuat dan mama tahan gelak ingat peristiwa tengahari tu.

Kalini punya kes,
Incik lalan orang paling last saya infom. Sebab gerenti dia berleter. Ye. Dia kata "jangan berangan beli kereta besar, kereta ni pun macam-macam jadik"
(-_-)

Bila saya nak mulakan hari yang positif, pasti ade je benda negatif berjaya disimbah pada muka saya. Astagfirullahalazim.

Ok. Bagaimana saya mengatasinya ?
Luahkan pada kawan-kawan tahap ketensionan, so tadi ada kakAni, KakAida, KakAlai. So ketensionan saya terbahagi kepada 4 cabang. Then, LEGA ! Huhu. Berjaya bertenang. then infom kakAin, dia ? Ketawa besar. Saya boleh bayangkan hidung dia konfem merah padam gelakkan saya.

Apapun, esok nak pi JB. Tengok Mohamad Fateh. My uncle dapat baby baru ! Anak sulung. Boy ok ! Sweet. Saya FATEN dia FATEH ;)

Aha now currently. Tengah malam, me and daniel membasuh kereta. Semangat kan ? Don't care. Kereta mencerminkan tuan. Anggap je segala kecalaran tu sebagai kenangan. 1 kat sabak awor. 2 kat shell. 3 depan pasaraya KS. 4 langgar kereta boyfren. 5 tenggelam. Heehe

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, January 3, 2013

TAHNIAH

Musim member kahwin,
Musim member bersalin.

Tahniah untuk kalian,
Ditahun baru dapat orang baru.
Semoga berbahagia dunia akhirat,

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

CEMBURU !

Macam semua tahu,
Incik lalan memang cool !
Cool gila beb.

Kata orang bg cincin melamar,
Dia cool.
Kata orang bg bunga melutut,
Dia cool.
Kata orang ajak kawin,
Dia cool.
Kata ada mak orang nk jd kn sy mnntu,
Dia cool.

Memang cool giler.
Cool untuk dia bermaksud "sejuk / keras / batu / kaku / beku"
Incik lalan lah. Muka dia, cool je. Tak heran. Tak kisah.

My bestfren mms gambar ?
Dia cool. Sangat cool.
Cuma semalam kantoi,
"Kita da remove, dia add balik"

Hah ! Oh Tuhanku,
Patut before this musykil,
Awat tiba2 nama mamat nih tak da.
Ada orang jeles.
Yes ! Misi berjaya.
Berfungsi juga hati dia.
Ingatkan dah di plaster dengan simen !
Yela sebelum ni buat muka cool je,
Kite pulak rasa tak cool.

Kena tulis dalam diari ni,
Nanti tua cerita kat cucu pada tarikh bilakan hati tok dieorang kembali aktif. Hahaaha


*jangan gosip,
My fren send pic crite holiday dia gi mana, dn kata yg I patut join bawa family kesana. That's all :)

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

HARI KETIGA

Hai peace !!!!!
Permulaan yang tidak produktif harini, kite merancang tapi Allah tentukan.
Bangun lambat ! Oh Tuhanku.,

So jenis saya,
Kalau kelam kabut sure lah sakit tulang belakang. Rsa lenguh semacam,
And now, even dah petang,
Tulang belakang still sakit !
Rasa lenguh. Kalau saya ada husband dah lama saya suruh hubby urutkan, tapi saya belum kahwin,
So saya ada adik-adik.
Masalahnya adik2 bila di suruh tolong urutkan badan jawapannya "alaaaaa"..
Ceh ! Kena suh abah beli kerusi urut ogawa lah nampaknya.

Macam orang tua kan ?
Kurang kalsium.
Nama je kerja farmasi.
Ini lah masanya untuk menyalah kan KAFEIN. Peminuman kafein secara tidak terkawal dan berlebihan mengakibatkan tulang reput. *ye saya tahu, ye*

Teringat pula randy datang haritu,
Dia tahu saya suka minum kopi 8 cawan sehari, suka makan peha ayam, makan meggi, kopi tongkat ali pula tu saya minum, randy kata "I nak tgk u 10 tahun dari sekarang, macammana u kalau u still dengan pemakanan tak sihat macamni" hehe. Seram mak noks. Tapi sekejap je seram. Lepas tu rasa kopi tu memang my drug ! Dan peha ayam tu seksi. Hah.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, January 2, 2013

SELAMAT BERSEKOLAH

2/1/12
No more holiday !
Mula bersekolah.
Good luck for them :)

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, January 1, 2013

AKU MAHU KAMU

rasa seperti ini terasa dan berbisa...
biar sekuat guruh aku berkata "tidak",
masih terbisik di dalam hati berkata "yang aku mahu tetap kamu!"

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

HARI PERTAMA 2013

Assalamualaikum ;)

Permulaan 2013 ?
Senyum sepanjang hari,
Maniskan muka. Maniskan !
Setahun bermakna kita ada 365 hari untuk mengharungi 2013 !

Untuk 1/1/2013
Allhamdulillah, tiada apa yang perlu di spoil kan. Ye, memang ada je perkara yg boleh menghasilkan kerutan didahi. Tapi, BERTENANG dan SENYUM....

Bila orang marah, balas :
"Minta maaf ye.."

Bila berselisih orang yg dikenali :
Senyum, angkat tangan dan kata
"hai cik..."

Bila pelanggan masuk farmasi :
"Terima kasih ye, datang lagi tau, selamat tahun baru"

3 benda dan ayat ni nampak simple, tapi actually kena tabah. Sebab ragam orang ni banyak, kadang2 kita senyum dikatanya gila. Haha. Tapi apapun, Dengan segala perlakuan diatas, berjaya membuatkn diri bertenang dan positif.

Semoga kalian pun sama positif ye,
Bila berdepan dengan orang yang biadap, sebagai contoh ; "kau ni memang banggang !!!!" Ye, situasi ni sangat menyentapkan hati. TAPI jangan balas. Bak kata incik lalan, orang yg berani memaki orang itu adalah "gila" tidak mustahil dengan kita sewenangnya dia boleh berkata mcmtu apatah lagi orang lain. Dan kebiasaannya orang seperti itu, andai api dibalas api, pasti lagi marak. Kerana dia memikirkan perbuatannya betul dan suatu kepuasan. Orang normel tak kan bersikap begitu. Betul betul betul !

Aha, bercakap dan menulis memang senang, kalau menghadapi sure rasa darah tersiram kat muka. SABAR DAN DIAM. Diammmm je. Telan air liur dan statik ! Istigfar ! Saya boleh. Anda pun sure boleh. Cuma saya kesal pada segelintir pihak yang memiliki sikap "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga" marahkan orang lain, tapi cari salah orang lain dan buatkan mood orang lain pula spoil. Jangan begitu ye :)

Tahun baru ni,
Sama-samalah kita positif.
Bak kata DatoDrFadzilah kamsah,
Tawadukkan selama 40hari ! Nescaya menjadi rutin.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...