FOLLOWER

Monday, December 3, 2012

DALAM AKU

Bab imiganisasi,
Aku paling hebat.
Aku paling kuat.

Percayalah.

Bila aku pejam mata,
Segala benda aku mampu bayangkan.
5 tahun mendatang,
Indah aku mimpikan.

Itu mampu buat aku senyum,
Aku senyum.

Aku mampu lakar,
Dan keputusannya aku letak pada tangan TUHAN.

Aku suka tengok drama,
Bila aku tengok drama,
Pasti aku muntah !
Kerana aku tahu "ala tu drama !"

TAPI,
Apa yang muntah tu aku buat.
Tak percaya ?
Tanya incik lalan.
Haha.

Hidup aku mudah,
Aku, keluarga, teman sekerja dan rakan-rakan. Cukup.

Hidup aku bukan kesana kesini,
Melepak bowling. Karoke.
Snoorkeling dan segala-gala yang konon melepakkan jiwa. Tak.

Keseronokkan bagi aku,
Cukup lah hujung minggu bersama keluarga dan hujung minggu makan-makan bersama tercinta.
Cukup.

Orang kata,
"Kau muda, habiskan masa lah,
bersuka ria.."
Tapi aku tak suka.

Cukup hidup aku,
Aku dapat gembirakan orang sekeliling aku. Dan adil membahagikan tanggungjawab aku sebagai anak dan kekasih.

Orang kata lagi
"Kalau jodoh kau tak ada dengan incik lalan ??"
Aku balas,
"Habis kalau asyik pk tak da jodoh, apa aku mampu buat ? Menangis ? Buat sebaik mungkin. Allah Maha Tahu, kita jangan buat konon tahu"

Kata-kata orang,
Yang baik memang aku amik
Dan aku simpan dalam kocek,
Kalau nasib aku tak baik,
Aku guna dan aku pakai.

Tapi kata-kata yang tak baik,
Aku ambil,
aku genggam dan aku bungkus,
Sampai masa,
Aku baling kata-kata dia dan buktikan apa yang kau kata langsung tak menghunus.

Hidup ni mudah,
Tak susah.
Yang susahnya adalah apabila kau fikirkan benda-benda susah.

Boleh untuk bermurung,
Tapi jangan duduk bawah tempurung.

Aku selalu ingin,
Aku nak bila aku mati orang semua senyum. Aku arahkan untuk senyum ! Sebab aku suka kalau Allah tarik nyawa aku, sebab aku dah buat sebaiknya khidmat dibumi. Aku nak disisi DIA. Bagi aku berehat setelah penat disini bersama kalian.

So, kesimpulannya,
Buat sebaik mungkin dalam hidup.
Jaga hati orang, ringankan tulang.
Bila kau letih,
Kau kena ingat,
Bumi tempat untuk berjuang dan sekadar menumpang.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, December 2, 2012

ESOK UNTUK HIDUP

*senyum*

kalian yang masih merasakan hari2mu kosong dan terlalu penuh dengan nanah dan daki--
bersabarlah.

moga2 sampai sebab untuk kau bernafas kembali.
sabar.
dan tunggu cahaya dipancar.

selagi ada esok--
sempat.

-FynnJ


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BOYFRIEND

Syoknya kalau ada patung ni !
Tidur dalam dakapan gituh.
Kalau gaduh dengan boyfren pula,
Tampal gambar boyfren kat patung dan belasah patung tu ;p

Kiut gila,
Besar gila,
Syok gila.

Nak satu !
Anybody ? Sudi belikan ? Huhu

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

IKAN BAKAR MAK SAL (GERAI NO2) SABAK AWOR

Harini weekend,
So makan-makan kat sabak awor !
Lama tak makan sini.
Bagi johorean,
Sabak Awor memang lah terkenal.
Kaya dengan seafood,
Makan diatas air.. Terapung..

So ada 9 kedai semuanya,
Kebiasaannya kami bila ke sabak awor terus akan ke gerai numbr 8,
Sebab memang famouse,
Kerap kali masuk TV.

Tapi bagi saya,
Orang tempatan,
Hmm, masakan dia dah hilang kick.
So, sampai je,
Kami memilih kedai number 2.
Percubaan pertama.
Langkah je kaki nampak gerai tu.

Saya respect,
Usaha pekerja menahan kami supaya singgah di kedai mereka.

"Kak ! Makan sini kak ! Duduk sini kak ! Kami ada macam-macam masakan !"

Sebenarnya, Mula-mula kami hampir menghala ke kedai wak jos juga, tapi kami berhenti dan kembali ke kedai number 2 tadi :)

Actually,
Lagi sedap !
Sangat sedap !
Lagi best !
Tak menghampakan !

Lepasni sure akan makan ke kedai ni lagi. Kesimpulannya, jangan sekadar memilih "jenama" tak semestinya populer dan mahal itu sedap. Kan ?

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, December 1, 2012

SOALNYA HATI

Tadi tengk soalnya Hati,
Ala cerita ERRA FAZIRA dengan AFDHLIN SHAUKI tu,..

Bila tengk part kantoi pekerjaan AFDLIN SHAUKI sebenar dan kemudian ERRA FAZIRA bengang, rasa marah dan tertipu

teringat pula dulu,
Masa kenal, incik lalan kata dia kerja sebagai cleaner hotel yang bersih-bersihkan bilik hotel. Saya terima seadanya. Tak kisah langsung pun, as long halal dan rajin berkerja.

Even masa kenalkan pada family pun saya kata pada family kerja incik lalan cleaner hotel, tak pun kadang-kadang yang angkat kan beg pelanggan tu.
Dan family saya tak kisah juga, macam saya, terima dengan hati terbuka, masa tu dia still tak pakai persona,bukan HondaCity macam sekarang.

Suatu hari,
Then kantoi.
HP vibrate, ofis call.
Tergagap-gagap dia angkat,
Yelah, staff akan call dia kadang-kadang bertanya ubat apa patut dibagi,
Rupanya, Doctor.
Terjumpa kad dia.
Kelua kereta. Saya nangis.
HAHA

sekarang, saya tahu.
Dia bt macamtu bersebab,
:)


Bila ingat,
Rasa bangga. Dan kata pada dia
"Kalau ada perempuan lain mengurat menggoda awak, kerana harta awak, kerana pangkat awak, kerana kereta awak, kerana apa yang awak miliki. Kita nk awak ingat, kita terima awak bukan sebab tu semua, awak ingat lagi dan tahu kan ?"

Dan dia, senyum 2 minit.
Lepastu belagak lagi bercerita kebijaksanaan dia. Lol.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SEMANGAT HARIMAU MALAYA

Sanggup parking tepi hway,
Jammed teruk
-stadium putra Bukit Jalil.

Punya semangat bola kan ?
Nasib lah saya ni bukan tergolong diantara kaki bola tegar.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

JERSEY KAKAK FARMASI

Pergi kerja pakai jersey.
Semua custmer tegur.
Kelua pi kedai pun di tegur
"Wah ! Kakak farmasi semangat harimau malaya ! Pakai jersey ! Fullamak !"

Lol, banyak lah. Haha

Suatu perasaan yang lain bila surf custmer pakai tshirt.
Macam nak poco-poco pun ada. Hehe.

with love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...