FOLLOWER

Monday, September 17, 2012

KEKASIHKU DIHINA ( INNOCENCE OF MUSLIMS )

Assalamualaikum

Aku terdengar kekecohan itu. Seperti dunia sedang bergegar dan gunung ganang menangis. Aku melihat dari jendela kesibukan hidupku. Rupanya kekasihku dihina lagi yang entah buat kali ke berapa. Dan ummat baginda menjadi marah, lantas timbul kekecohan di sini dan di situ.

Aku menghela nafas. Sebak itu wujud.

Menutup mata. Aku dapat rasa ada cecair sejuk mengalir pada pipi di bawah mata.

Aku terkilan dengan kedua-duanya. Kepada yang membina video itu dan kepada yang merosakkan wajah Islam dengan sikap mereka.

Aku lantas melihat semula ke belakang. Kepada susuk tubuh itu yang kini abadi di atas helaian-helaian kertas di dalam kitab-kitab mukhtabar. Berusaha untuk mencari sesuatu.

Buat mereka yang menghina Rasulullah SAW aku itu.

Dan buat mereka yang berakhlak buruk, dalam mempertahankan Rasulullah SAW aku itu.

********

Baginda kelihatan tersangat letih. Dengan darah yang menjadi warna tubuhnya ketika itu. Luka-luka menghiasi diri. Di sisinya Zaid bin Harithah berusaha memberikan yang terbaik kepada tubuh suci itu, tanpa menghiraukan dirinya yang turut luka-luka hasil jamahan batu-batu dari penduduk Ta’if.

Ketika itulah baginda berdoa kepada Allah SWT. Menyatakan akan usahanya, dan memohon ampun jika ini semua berlaku kerana kelemahannya. Menyatakan betapa lemahnya baginda, dan kepadaNya sahaja tempat baginda mampu bergantung harap.

Meruntun dunia mendengar doa itu, hingga malaikat turun memberikan tawaran. Jika mahu, gunung di Ta’if itu akan diangkat lalu dengannya Kaum di Ta’if itu dihancurkan. Namun di tengah luka dan kepedihan, di tengah kesedihan dan ketidak upayaan, Rasulullah SAW aku itu berkata:

“Jangan, moga daripada mereka, akan lahir orang-orang yang beriman kepadaNya.”

Aku yang tidak berada di sana, namun berdiri di tempat itu dengan dihubungkan helaian-helaian Sirah itu pada hujung jemariku, menangis.

Inilah Muhammad SAW yang dibenci itu.

Mengapa ini tidak diceritakan di dalam cerita mereka itu?

Mengapa ini tidak dicontohi oleh mereka yang mahu mempertahankan baginda itu?

*******

Baginda ketika itu dalam saat yang genting. Manusia-manusia rakus dari kumpulan kaafir Quraisy sedang berlumba untuk menamatkan nyawa baginda. Barisan tentera Muslimin di Medan Uhud yang hancur akibat ketidak patuhan sebahagian tentera, membuatkan tentera-tentera musuh berjaya menerobos ke benteng terakhir. Semua dahagakan darah baginda.

Yang ada di sisi baginda pada saat cemas itu hanyalah Sa’ad bin Abi Waqqas dan Talhah bin Ubaidillah. Mempertahankan Rasulullah SAW dengan segala kemampuan yang mereka ada, sebelum para sahabat yang lain tiba.

Ketika itu Ibn Qami’ah dari pasukan lawan berjaya menerobos dan melandaskan pukulan. Bahu baginda menjadi mangsa, dan kemudiannya pipi baginda. Hingga tali pengikat keledar besi yang dipakai baginda, terperusuk masuk ke pipi baginda. Beberapa batang gigi baginda patah, dan mengalirlah kemudiannya darah. Hingga baginda menakung dengan tangan suci baginda darah itu.

Saat ini, apa yang keluar daripada mulut baginda?

“Wahai Tuhanku, ampunkanlah kaumku itu, sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”

Dan bersegeralah Abu Ubaidah yang telah sampai berusaha mencabut tali pengikat keledar itu, hingga giginya pula yang tercabut. Datang pula Abu Talhah, Abdurrahman bin Auf dan Abu Bakr mempertahankan baginda dan memukul musuh agar meninggalkan kawasan itu.

Suasana itu sangat mengharukan. Aku tidak berada di sana. Namun aku seakan wujud di sana. Bergetar hati ini ‘melihat’ suasana itu.

Mengapa ini tidak pula diceritakan?

Dan mengapa sikap itu tidak pula menjadi contohan?

*******

Kelihatan baginda mesra berlumba lari dengan Aisyah yang dicintainya. Kelihatan baginda menyantuni isteri-isteri baginda di rumah. Kepada Hafsah, kepada Ummu Salamah, kepada Zainab binti Jahsy dan lain-lain dari Ummahatul Mukminin, baginda mengasihi semuanya. Bahkan masih memuji dan mengingati isteri pertamanya Khadijah dengan penuh kasih dan cinta.

Seorang yang walaupun sibuk menerima tentangan, peperangan, memberikan penyampaian, keluar memerhatikan sahabat dan rakan, tetap pulang ke rumah dalam keadaan yang tidak membawa tekanan dan masih ada masa bermesra dengan isteri dan anak-anak baginda, membantu menguruskan hal ehwal rumahtangga.

Bagindalah juga yang menunjukkan contoh yang cantik kepada isteri-isteri baginda. Kala roti yang dibawa oleh Aisyah terjatuh, baginda adalah yang mengutipnya, meniupnya, dan memakannya. Tiada pembaziran di sisi baginda. Kala Aisyah cemburu kepada madunya Zainab, hingga menampar hidangan yang datang daripadanya, baginda adalah yang tenang dan sekadar lembut mengajak Aisyah mengutipnya semula, meminta Aisyah menghantarkan hidangan balas buat madunya.

Jika benarlah tubuh yang suci itu merupakan seorang yang gila seks, merupakan seorang yang sukakan seks dengan kanak-kanak, melakukan penderaan seksual, maka mengapa isteri-isterinya bahagia dan kemudian menjadi antara paksi penyebaran ajaran yang dibawa oleh baginda?

Baginda adalah yang mengangkat hak para wanita, para isteri, yang selama ini dianggap sekadar tempat melempiaskan nafsu dan melakukan kerja-kerja seperti hamba. Baginda adalah yang memuliakan para wanita dan menghormati baginda. Tiada baginda membentak isterinya kala makanan tiada, tiada pula baginda adalah yang bising kala makanan tidak kena dengan seleranya.

Maka mengapa itu semua tidak diceritakan?

Dan mengapa, dari kalangan ummat baginda, yang mengaku beriman dengan baginda, tidak mencontohi keadilan ini kepada wanita mereka?

Aku tidak berada di sana, tidak wujud kala baginda wujud, namun aku sentiasa tidak pernah gagal merasa hidup dengan kehidupan baginda. Kutekap buku sirah yang berhubung dengan tanganku ke wajah, kalaulah dari tulisan-tulisan itu dapat kuhidu haruman tubuh baginda.

Air mata ini mengalir.

*******

Apakah orang ramai mengenali Abdullah ibn Ubai ibn Salul? Kepala munafiq. Antara yang menyebarkan cerita fitnah akan kecurangan Aisyah RH. Antara yang membuatkan 300 orang dari 1,000 orang tentera Uhud berpatah semula ke Madinah. Antara yang berkata di kalangan orang ramai tanpa segan silu bahawa dia akan menghalau Muhammad keluar dari Madinah.

Hingga Umar RA yang terkenal pantas melindungi baginda ingin memenggal kepala celaka itu. Tetapi apa yang Rasulullah SAW lakukan?

Dihalangnya Umar, dan berkata:

“Apakah engkau ingin nanti manusia berkata, bahawa Muhammad membunuh saudaranya?”

Dan kala Abdullah ibn Ubai ibn Salul ini mati, baginda dengan penuh kasih, ingin melaksanakan Solat Jenazah kepadanya dan mendoakan kebaikan buatnya. Tetapi Allah SWT sendiri menghalang baginda. Hingga turun ayat:

“Kamu memohonkan ampun bagi mereka atau tidak kamu mohonkan ampun bagi mereka (adalah sama saja). Kendati pun kamu memohonkan ampun bagi mereka tujuh puluh kali, namun Allah sekali-kali tidak akan memberi ampun kepada mereka. Yang demikian itu adalah karena mereka kafir kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik.” Surah At-Tawbah ayat 80.

Tetapi kasihnya baginda, baginda berkata: “Maka aku akan memohon ampun buatnya lebih dari 70 kali.”

Dan kemudiannya Allah memberikan penegasan akan maksud ayat tadi:

“Dan janganlah kamu sekali-kali menyembahyangkan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya. Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik.” Surah At-Tawbah ayat 84.

Membuatkan Rasulullah SAW memahami bahawa memang tiada keampunan, buat yang mati tanpa bertaubat dari dosa-dosanya.

Namun kasihnya Rasulullah SAW itu terpancar pada tindakannya ketika itu. Walau Abdullah ibn Ubai Ibn Salul itu kerjanya hanyalah untuk melukakan baginda dari hari ke hari. Dari masa ke masa. Dari waktu ke waktu. Tetapi lihatlah bagaimana Rasulullah SAW melayannya. Berusaha hingga ke akhirnya agar seluruh ummatnya masuk ke dalam syurgaNya.

Mengapa ini tidak diceritakan oleh mereka?

Mengapa keindahan dan kecantikan sikap ini tidak pula dicontohi oleh mereka yang ingin mempertahankan baginda?

Aku tidak berada di sana. Tetapi kisah-kisah ini hidup bersama diri. Aku sentiasa mencari di mana semua ini dalam kehidupan hari ini, terutama di dalam diri.

Di manakah baginda yang dikatakan kita cinta itu, di dalam kehidupan kita ini?

********

Kala tentera berzirah lengkap itu bergerak dari empat penjuru Makkah, menggegarkan kota suci itu dengan derap kaki dan tunggangan, semua yang wujud di dalam kota itu bergetaran. Bermain semula segala seksaan, hinaan, usaha untuk pembunuhan, kempen untuk peperangan, yang mereka laksanakan ke atas Rasulullah SAW.

Semua masuk ke rumah masing-masing, ada yang bersembunyi di Masjidil Haram, dan Abu Sufyan bersembunyi bersama keluarganya di dalam rumah. Kerana Rasulullah SAW yang mulia itu sebelum datang bersama 10,000 tenteranya, telah mengembalikan Abu Sufyan ke Makkah dengan mesej penuh kemanusiaan:

“Barangsiapa yang masuk ke rumah Abu Sufyan, dia akan selamat. Barangsiapa yang masuk ke rumah masing-masing, dia akan selamat. Barangsiapa yang masuk ke dalam masjid, dia akan selamat.”

Dan kemudian pecahlah panggilan agar semua berkumpul di sekitar Rasulullah SAW. Ada mata-mata yang sempat melihat bagaimana baginda masuk dengan menungganginya untanya. Tidak pula tubuh mulia itu mendabik dada pada hari dia sepatutnya melaksanakan sedemikian. Bahkan tubuh mulia itu menunduk, hingga kepalanya hampir menyentuh belakang untanya. Mulut terkumat kamit merendahkan diri baginda kepada Yang Esa atas kejayaannya.

Kala seluruh Makkah senyap hendak menerima keputusannya, baginda yang mulia itu bertanya:

“Sangkaan kamu, apakah yang aku akan lakukan?”

Berkatalah yang hampir dengan baginda:

“Kami mengenalimu sebagai orang yang baik, maka kami yakin engkau akan melakukan kepada kami yang baik-baik sahaja.”

Tersenyum baginda ketika itu, dan kemudian baginda yang pernah diseksa, dihina, diusahakan untuk dibunuh oleh penduduk Makkah itu berkata:

“Pada hari ini, aku berkata kepada kalian sebagaimana Yusuf berkata kepada saudara maranya: Pada hari ini tiada cercaan buat kalian, moga-moga Allah mengampuni kalian dan Dia itu adalah Yang Maha Penyayang dari kalangan Penyayang(Surah Yusuf ayat 92)”

Ya. Aku tidak wujud pada hari itu. Tiada di sana ketika itu. Namun aku dapat merasa getaran kasihnya baginda. Bagaimana seorang gila darah dan peperangan boleh melaksanakan tindakan sedemikian rupa? Bagaimana seorang gila seks mampu berakhlak sebegitu rupa?

Mengapa ini tidak diceritakan oleh mereka?

*******

Mereka menghina susuk tubuh suci itu, tanpa menyedari betapa baginda mengasihi akhi-akhi dari kalangan para Nabi. Sering dididik kepada ummat baginda, bahawa Musa itu saudaranya, bahawa Isa itu saudaranya.

Mereka menghina susuk tubuh suci itu, tanpa pernah ambil peduli betapa baginda sering berpesan kepada tenteranya agar tidak mencantas pokok sesuka hati, agar tidak menganggu orang yang berada di dalam rumah dan rumah-rumah ibadat. Sejarah sendiri mengakui betapa Salahuddin Al-Ayubi adalah bukti kepada indahnya ajaran baginda ini, menakhluk Baitul Maqdis dengan aman menyantuni ahli-ahlinya, sedang penakhluk Baitul Maqdis dari kalangan Tentera Salib menumpahkan darah hingga ke paras lutut kuda.

Kadangkala aku menjadi amat hairan dengan bagaimana mereka mempermainkan susuk tubuh mulia ini. Dikatakan kalau betul lelaki suci ini baik, maka mengapa ummat Islam ada yang melakukan keganasan.

Ya. Aku hairan apabila muslim melakukan kesalahan, yang disalahkannya adalah Islam.

Aku ingin bertanya, akan nuklear yang diturunkan ke Hiroshima dan Nagasaki. Apakah itu ajaran Injil? Apakah agama Kristian bersalah?

Aku ingin bertanya akan pengambilan Palestin dan penubuhan tanah haram Israel, pembunuhan demi pembunuhan di sana, kezaliman demi kezaliman di sana, apakah itu ajaran di dalam Taurat? Apakah boleh aku mahu menghina agama Yahudi akan kesilapan ini?

Islam dipersalahkan atas perlakuan Muslim, maka apakah mereka ini boleh menerima jika aku menyalahkan Kristian atas perbuatan penganutnya, dan Yahudi atas perbuatan penganutnya?

Pastinya atas dasar hak asasi manusia, kamu akan bising dan memarahi aku. Tetapi lihatlah kamu!

Saban waktu tanpa segan mereka menghina Rasulullah SAW, Islam, keEsaan dan keSucian Allah SWT, tanpa kajian dan pemerhatian yang menyeluruh. Gila seks, gila darah, itu sahaja tomahan mereka. Tomahan demi tomahan yang tidak langsung dilihat oleh mereka sisi-sisi lain kehidupan baginda.

Bagaimana baginda melayani cucu-cucunya yang bermain di atasnya kala dia sedang solat.

Bagaimana baginda bergurau bermesra dengan perempuan yang lebih tua, bertaraf nenek.

Bagaimana baginda duduk dengan orang-orang miskin sehingga yang datang melihat tidak mampu membezakan baginda dengan mereka.

Bagaimana amanahnya baginda, bagaimana belas kasihannya baginda dalam menjatuhkan hukuman, bagaimana bencinya baginda dengan kezaliman.

Mengapa ini semua tidak diungkit dan diangkat?

Dan yang buat aku lebih hairan, mengapa ini semua tidak dicontohi dengan baik oleh mereka yang mengaku mempertahankan baginda?

*******

Aku membuka mata. Keluar dari lautan imbasan. Kuletakkan kitab-kitab yang menceritakan susuk indah itu, dan kuhela nafas.

Rasulullah SAW aku itu, yang mulia dan cantik peribadinya itu, tidak pernah membunuh orang yang tidak sepatutnya dibunuh. Jika ada yang bersalah, maka yang bersalah sahaja menerima hukumnya. Di dalam Islam, tidak diajar bahawa anak mewarisi dosa ibu bapanya, orang lain mewarisi dosa orang lain.

Maka tiada di dalam akhlak Islam, tiba-tiba dibom bangunan, dibunuh orang yang tidak berdosa, atas kesilapan dan kerosakan yang dilakukan oleh orang lain kepada Islam kita.

Namun di sebelah pihak sana, tidakkah intelektual yang dicanangkan wujud pada diri mereka ini tidak terfikir, siapalah yang tidak marah dan terganggu emosinya kala orang yang dikasihinya melebihi diri sendiri dihina?

Justeru, mengapa mula mencari fasal?

Apakah tidak cukup sebelum-sebelum ini segala video yang menghina tatacara kehidupan Islam, Rasulullah SAW, bahkan Allah SWT sendiri dihina dengan rakus? Tidak cukupkah?

Dan kepada saudara maraku, entah aku fikir berapa kali kita menerima provokasi sebegini. Tidak kita belajarkah? Memang mereka sengaja mahu buat kita marah dan kemudian beraksi sebagaimana aksi-aksi yang tidak sepatutnya, agar perjalanan dan perjuangan mereka untuk memburukkan nama Islam menjadi lebih mudah.

Aku sentiasa berfikir bagaimana hendak mengubah suasana ini.

Lantas akhirnya aku tengok diriku.

Hei, kenapa aku masih duduk di sini?

Dan aku berharap nanti, Allah pertemukan aku dengan kekasihku yang dihina itu.

Aku mahu mampu berkata di hadapan baginda nanti:

“Sesungguhnya aku telah membelamu, dengan akhlakmu wahai kekasihku.”

Ya. Inilah yang aku akan lakukan, bila kamu menghina Rasulullah aku.

(LANGIT ILAHI )

Sunday, September 16, 2012

BEAUTIFUL CTNADZIRAH SULAIMAN

Assalamualaikum,

Berjumpa adik incik lalan,
Dan kakak sangattt best.
Dulu borak2 dalam fb paggil "nad"
Tapi bila dengar incik lalan asyik bahasakan nad sebagai "kakak",
Saya pun terikut-ikut panggi nad "kakak"

Sangat best !
Lebih putih berbanding saya,
Lebih tinggi berbanding saya. Hehe.
Eh, banyak kali saya ulang sangat best ! Ofcz lah sebab memang best pun ;)

Sebelum berjumpa,
Incik lalan kata kakak ni pendiamm,
Aih pendiam ? Seram juga bayangkan ?
Incik lalan kata kakak pendiam,
Kalau ita baru banyak cakap.

Tapi, tadi jumpa.
Eh ! Manaada, okey lah.
Bila dengan kakak, saya teringatkan my lovely noraini shariat.
Bila berjalan sama-sama,
Ketawa-ketawa.
Kami senang mesra.
Tu palingg best. Ha, see, saya ulang banyak kali best. Memang bestt !! ;)

Dan harini buat pertama kalinya dalam kereta antara saya dan incik lalan, bercakap penuh sopan santun,
Intonasi suara pun penuh keadaban melayu. Huhu. Kan bagus macam ni kan ? Suasana tenangg je, kalau kebiasaannnn sepanjang jalan bisinggg je. Huhu

Ok lah, mengenai perjalanan saya ke Ikea bsama kakak dan incik lalan, esok saya update k ! Sekarang 1 pagi, mengantuk, esok kerja pula tu.

Aha, nice to meet u beautiful nadzirah. Hopefully can see u again ! :)


Gudnite,
Muah,
With love,
FatinFashiekin..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, September 14, 2012

DEMAM PANAS

Budak kechik ini demam panas. Kerana dia demam, harini mama dan abah cuti, bawa dia ke hospital. Badan dia panas sangat.

TAPI, walaupun demam,
Dia masih aktiff sangat.
Tadi dia kata :

Awal : "Kaktin nak teptop"
Me : "haaa ???"
Awal : "tetop"
Me : "haaaaa ??????????"
Awal : "teptop ahhhhh, nk game"
Me : "laa, laptop ! Teptop, teptop. Kakak ingat kan apa yang meletup. Lol lah awal ni, nak sekolah macammana ni pelat-pelat lagi ni ?"

Budak-budak zaman sekarang kan ?
3 tahun dah reti benda-benda macamni,
Dulu saya 3 tahun, dapat pakai jamm tangan pun dah cukup berbangga. Zaman sekarang ?????

*sigh* agaknya nanti kalau saya kahwin, ada anak ? Apa pula trend masatu ? Adakah budak2 dbwah umur mampu memiliki kad kredit sendiri ? Kereta sendiri ? Tanpa sebarang halangan, kerana ia nya dibawa arus masa dan pembangunan ??

Dunia semakin tua kan kawan2,

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PERSONAL ASSISTANCE

Harini aza balik !!
Saya suka bila aza balik,
Sebab :

1) Dia akan treat saya macam dalam spa. Saya kan princess ! Hehe. Dia remove kan makeup saya, sapukan losyen. Ala-ala2 dalam spa dan buat facial tuh ;p

2) Bila saya sampai rumah, balik je kerje, dia buat kan air. Wah ! Biasanya, saya kena buat sendiri. Tapi bila dia ada, dia lah PA saya. Saya buka buli, saya mendidik. Hehe

3) Automatik beban kerja rumah dan penyelenggaraan tugas akan dibahagi kan secara tidak adil. Oleh kerana dia jarang kat rumah cuz duduk asrama, dia kena ambil alih sat.


3 sebab simple tapi kukuh ! Dan saya cukuppp tersenyum lebar. HAHA. Akhirnya PA ku kembaliiiiiii. Akhirnya.....
Alaa, saya kan kakak sulung. Saya cuma nak menolong. Menolong mendidik cara menjadi anak dara yang rajin, huhu. Tadi ambil keputusan dia, Tahniah, pandai macam kakak nya juga. Tak sia-sia berleter ;p

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PLAN

Ahad ni, InsyaAllah.
Saya, incik lalan dan nadzirah (adk inck lalan) akan ke Ikea. Mencari barangan rumah !! So soo excited.

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, September 13, 2012

BERHARAP

Bulan 10 semakin hampir,
2011 incik lalan ke Bangkok,
2010 incik lalan ke Jepun.
Dan setiap kali dia ke oversea sure masa birthday saye. Dan tak dapat celebrate secara bersenang hati.

Hopefully this year dia tak kemana-mana, dn dia ada dapat call, offer kerja kat oversea. Tapi still tak confirm. Apapun, actually saya susah hati. Mudah-mudahan itu cuma offer di mulut dan tak serius.

Hopefully this year dapat sambut birthday dengan dia. Dengan tenang, dan bukannya just dalam phone. Dan dia di negara orang, saya ditanah air.

Hopefully, I hope..

With love,
FatinFashiekin



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

KETERUJAAN

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, September 12, 2012

PEREMPUAN BEROTOT

Saya tak suka bersenam sebab:

a)Letih. Rasa termengah-mengah. Tu yang malas tu, lenguh sana sini kalau tak biase tau.
b)Takde masa. Selalu rasa bila bersenam konon akan menganggu waktu rehat dan asyik pk esok memerlukan tenaga dan anggap bsenam akan habiskan tenaga. Gituhh. Hehe
c)Berpeluh. Nanti muka kang selekeh, berpeluh, bau masam. Padahal bersenam memang untuk keluarkan peluh.
d)Dah perasan cun. Dan anggap lemak-lemak itu sebagai aset seksi. Haaha


Sebab tu saya malas bersenam, tapi semenjak semua kata saya makin tembam. Dan pnimbg pn menunjukkan saya sememngnya naik 13kilo berbanding tahun lepas.

Uh, so saya just mampu. Sebelum tidur, sitt up + bumping, bia perut tak boroi dan bia peha tak penuh selulit. Dan saya berbangga sebab saya dapat pecah rekod sebanyak 55kali sitt up malamni !! Yess !! Yesssssssss !!!!!

Haa, dengar memang senang kan ? Kan ? Cube korang try lah, diusia lanjut ni, 20kali sitt up pun mampu untuk buat korang pening2 lalat, apatah lagi pada mereka yang memiliki perut yang maju ke hadapan seperti saya,

Bukan senang nak motivasikan diri tau, lepas makan sure mengantuk dn rasa nak landing atas katil je. Ye tak ? Tapi oleh kerana diri dihantui cabaran dari incik lalan, tak blh jadi !!! I can do it !!!

Dulu saya try menari poco-poco. Tapi saya rasa diri saya umpama seekor itik yang sedang berjalan dengan langkah yang perlahan disamping punggung yang kekiri dan kanan ! Saya sendiri tak faham untuk apa tarian tu diadakan ? Hehe. Lawak ade lah, dengar musik dia pn saya dah tersipu-sipu segan gituh.

So, sekarang, tak perlu lah nak bazirkan masa mencari tasik ke untuk berlari. Cari member untuk joget poco-poco bersama. Kasut sukan yang mahal supaya nampak bergaya ketika jogging. Tak perlu ! Gunakan apa yg ada, apa yg mampu. Sebenarnya yg penting sekali NIAT. Dalam bilik pn okey ? Saya okey je. Balik kerja. Buka laptop, pasang lagu favourite dan start lompat sana sini. Yg peting ! Bahagian mana kau nak slim kan ? Fokus ! Fokus !

Bukan apa, saya ni pendek. Lepastu body pn bukan lah sylinder. So bila saya buncit, lagi lah teruk shape saya k. Dah macam perempuan pregnnt tau kalau pakai maxi dress. Perut tu serius spoil. Bila depan cermin je, mama mencelah "SubhanaAllah, mama anak 4 pun steady".. Peh ! Kecik hati tau (-_-") ini tidakk adilll.


Ok. Dah letih, cuma nak kata saya dah pecah rekod diri sendiri ! Hoorey ! Lepas bersenam, sebelum tidur, sapu lotion badan. Even saya sememangnya memiliki kulit yang suram, tak salah nak berimpikan kulit semulus ADIRA. Kan ? Huhu. Yang pentinggg, niat ! Dan fokuss ! Fokuss !!!

Saya nak ubah diri saya ke arah yang lebih positif, untuk berubah, saya memerlukan "langkah".. Langkah permulaan untuk berubah. So, mari melangkah menjadi lebih baik..


Gdnite :)
With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

KERETA BARU

Arghhhhhhh. geram akuh. geram.
kereta bermasalah lagi,
bila campur-campur-campur,
nilai pembaik pulih kan kerete ni mengeluarkan
jumlah yang SANGAT TIDAK LOGIK !
dan sangat menimbulkan kemarahann dihati dan dijiwa,
nilai pembaik pulihan kereta itu setelah dijumlahkan,
mampu mengeluarkan nilai yang membolehkn kita memiliki
sebiji kereta baru tau !

ye, punca penyakit kereta ni berleluasa disebabkan
hal kemalangan yang memalukan tu,
bila drive gear loose, tk boleh masuk gear.
bila hantar bengkel,
apalagi, kena overhall lah,
jumlah nya memang sangat menggila.
bila 'jantung kereta' tu sakit,
sekarang ia merebak.
aircond je dah 3 kali saya repair tau,
temperature lagi, tayar lagi.
perkara yang sama berulang-ulang.

so meeting diadakan :

KakAlai kata : 
"kin, beli je baru.. viva pun jadi lah."
bila kakAlai bagi cadangan tu,
terfikir. okey lah juga.
asalkan ada kereta. kan ??


Tapi, incik lalan pula mbangkang.
incik lalan kata ;
"kalau nak cari kereta, cari yg puas hati,
nanti kita kahwin nak balik kedah,
travel jauh, so cari yang boleh bawa travel jauh
dan bukan sekadar untuk dipakai"


Abah dan mama pula kata :
"okey lah yang sekarang,
sakit sikit normel lah,
nak beli kereta baru, kahwin dulu
membazir dekat kerete je nnti..."

dan sekarang, masalah kereta ni menjadi-jadi,
perbincangan diadakan,
dan saya tak kira ! kereta ni dah melampau,
so perbincangan diantra abah saya dn incik lalan,
beli kereta second hand.
saya berminat pada SATRIA GTI.huhu
dan still incik lalan nak saya gunakan kereta lain,
dan saya kata pada incik lalan,

"tunggu kite kahwin dulu, 
saya tk nak kita terbeban hnya mengenai kereta,
kalau betul awak memikirkan kita mmerlukan
selain honda city utk mmudahkan kita travel blik kedah,
contoh awk nak saya pki honda stream/toyota wish, 
its ok. tpi bkn sekarang, sbb sy x perlukan,
sbb sy selalu takut,
kalau sy pki MPV lh kan, tiba2 kita putus 
sure org laki tkt nk meming saya nanti kan ?" huhu

kak Ani lagi hebat,
dia kata
"kin, kalau naik MPV,
jangan lupa parking sebelah kakAlai" 
serius statement lawak. huhu

kesimpulannya,
tak payah menyusahkan diri dengan perkara yang tak perlu,
orang lain tu lagi susah, duduk dekat johor,
keluarga kat pulau pinang, balik naik kancil je tau..
tk perlu pun MPV..
Kan ? kan ? kan ??

kahwin dulu, br plan apa-apa bersama,
atleast, ikatan tu ada. haha
*bila pk kan, gila btul,
anak dara pakai MPV????
dah macam mak orang tau, bukan anak dara,
tak pun janda. hahahha

Apapun ! saya lagi suka caldina,
tak mau stream / wish.. nk caldina


with love,
FatinFashiekin


Tuesday, September 11, 2012

KAHWIN ???

Semakin hari semakin ramai sahabat handai yang menghampiri gerbang perkahwinan. Sebelum ni kbanyakkan yang saya dengar dan tahu, kawan-kawan perempuan lah yang banyak dah bertunang, dan kahwin. Dan NOW, ramai yang dah ada baby. Datang farmasi, mendukung anak. Saya ? Ada anak juga k ! Setiap hari saya bawa dan tak kan saya tinggal kan iaitu anak tekak dan anak mata. Haha.

Dan sejak kebelakangan ni, banyak dapat jemputan member lelaki bertunang dan berkahwin. tahniah lah uols ye. Kalau perempuan macam normel lah, sebab perempuan di pinang. So bila tgk kawan-kawan lelaki saya dah berkahwin, saya tersenyum. Teringat waktu gila-gila dieorang. But, okeylah, dah 26-27-28 masing-masing. Cuma, attitude dieorang tu tak balance dengan umur langsung. Macam baru tahun lepas je tolong dia cari kan gf, tahun ni dah kahwin ? Si tukang cari kan jugaa yang tak kahwin2. Huhu ;p

Tapi, saya dah tak kisah dah orang nk tanya-tanya saya ni bila bila bila bila. Akhirnya ! Saya ada seorang abang yang sentiasa menyokong saya iaitu abang madi ! Haha.

Abang madi ni this year dah 35tahun, orang yang putih, botak, tinggi.. Muke ada iras-iras azhar sulaiman, tapi dulu saya selaluuu pelik. Muka ada ? Kaya ? Bisnes maju ? Kereta baru ? Rumah baru ? Tapi still tak kahwin-kahwin, awek pun tak ada.

Dan baru-baru ni, setelah 5 tahun tak berjumpa. Dia datang ke farmasi, bersama seorang gadis yang sangat-sangat-sangat cantik. Saya tersenyum pada abang madi, dan saya kata "tak sia-sia menanti ye, hasil nya menakjubkan !" baru berkahwin dan sekarang wife dia pregnent, bunting pelamin. And ofcz lah sangat romantik. Abg madi memang tak pernah bercinta, so bila saya pandang mereka, bahagianyaa lah :)

Dan masa abg madi nak balik, dia tanya "awak tu bila lagi ??" Dan saya kata "saya nak ikut macam abang lah, slow and steady, bila dapat,... TERBAIK!!" Dan abang madi tergelak, seblum keluar abg madi sempat kata "betul tu ekin, jangan tergopoh gapah, cari yg betul-betul, dan yg penting ! Jgn lupa jemput abang, cari yg betul-betul ye" dan saya tersenyum.

Akhirnyaaa, ada juga orang yang menyokong apa yg saya lakukan. Ada juga iktibar didepan mata yang dapat saya contohi. Slow and steady. Siapa tak mahu kahwin ? Saya sendiri bercita-cita untuk menjadi seorang isteri sehebat isteri nabi Aisyah R.A even kak Alai dengan kak Ani gelak-gelak dengar cita-cita saya. Kak Alai kata "yela tu kin, akak nak tengk nanti, raya gaduh ke tak nak balik johor ke kedah, lepastu dengan anak-anak nak kena handle, akak nak tgk" huhu.. Tak pa, yang penting, nilai murni nak jadi yg tbaik dah berjaya ada di sanubari. Haha.

Bukan apa, kadang2 seram okeh. Kalau kat news feed facebook saya suka skodeng wall couple2, rasa lawak pun ada. Yela, almaklumlah, boyfren saya ni berumur sikit, FB pn 18 tahun sekali je dia jenguk. So kalau nak berbalas kat wall dengan kata-kata romantik tu, tak adalah, buang tebiat lah kalau dia buat macamtu. Huhu.

So saya suka lah baca mesej wall to wall bf dn gf. Yang lawak nya bila part gaduh, segala rhsia tkeluar. Ada juga yang saya perasan, masa bercinta kat wall tiap hari muahhh muahh muaahh baby baby baby. Sekarang dah kawin, mesej tidak kepuasan hati pula di update distatus. Hal suami itu ini. Hal mak mertua. Semua nak di publish. Takut kan ? Tapi kdg2 jeles juga pada yang loving-loving. Haha

Tapi, saya punya keinginan ! Saya kata pada incik lalan "kamu nak tahu, habis je kite nikah nanti dengan kamu, kite trus nak ambil hp, kemudian kita nak update FATIN FASHIEKIN MARRIED WITH AHMAD FAIZAL, wah !!! Akhirnya diriku sudah berpunya !! Wahh".. Dan kemudian "pukk" incik lalan pukul dahi saya konon bagi saya tersedar (-_-") elehhhh, gurau je punnn.

Ok lah, gud night.
Sweet dream.
Love u.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, September 10, 2012

BIDANG FARMASI

Ada benda saya nak taip. Ada benda saya nak cerita, tapi, mood tu tak sampai lah. So saya taip then saya padam. Kemudian saya ulang perkara yang sama. Haha.

Ok, kesimpulan lah ea.
Harini barang memang banyak sampai ke farmasi. Almaklumlah, awal bulan, tapi bekerja dengan happy dan bersemangat. bila busy, teringat pada kawan-kawan yang bekerja di farmasi rngit. Mereka lagi laaa hari2 stok ubat dan barang masuk. Huhu. Kami kat pgh, baru sehari, da nk muntah-muntah. So that's y kadang2 saya terasa, kalau nak ambil staff baru, hantar training kt rengit, bagi badan lenguh2 baru hantar ke pgh semula. Huhu

Dan harini, dikejutkan dengan 23 kotak barang dari n-reghco ! Saya oder pampers orang tua DR-P saiz (L) sebanyak 12 buah, just 12. Tiba-tiba tadi saya dapat 12 KOTAK ! 12 KOTAK + FREE 4 KOTAK bermaksud 14 KOTAK ! Pehhh, memang masalah, total harga RM2,088.00.. Pitam hoi, pitam.. Nasib lah kak Alai okey je. Fuhhhh. Allhamdulillah, semoga rezeki KakLai melimpah ruah dengan terjual nya Dr P tu nanti. Kalau lah tiba2 kak Lai kata "ekin !! U're fireddd !!" Terpaksalah minta borang jawatan kosong menjadi surirumah sepenuh masa pada incik lalan ;p

Esok nak sambung menyiap kn stok-stok yang sampai. Fuhhh, doakan segalanya berjalan lancar ye ! :)

Gunait,

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...