FOLLOWER

Tuesday, February 14, 2012

TO FUTURE HUSBAND

My dear FUTURE Husband ,

I will cook. I will clean. I will shop. I will be the best wife, ever, InsyaAllah..
I will dress up for you. I will maintain my appearance for you. I will make sure to be the best wife I can be, InsyaAllah.. I will have children with you & I will raise them to be the best they can be. I will be the best mother, InsyaAllah..
All these - as long as you promise me one thing..

♥ Help me, accompany me in getting to Jannah! ♥ INSYAALLAH

Monday, February 13, 2012

I LOVE THE WHOLE HIM

Sedetik perbualan :

Me : tengah buat ape ?
Him : baca blog,
Me : wah ! Bace blog kite ea. Wah !
Him : tak da.. Blog politik, nk tahu ttg dunia.
Me : ceh ! Yelaaaa, bye.
Him : Eh! tk kan kite nak bace blog tgk kekasih kite puji kite. Eh ! Rase malu. Eh ! Segan dipuji-puji

P/S : fine, dia mengada (-_-")

_________________________________________

Me : kite da jadi PENGIKRAR BAGI PENDERMA ORGAN setelah meninggal dunia (smbil tjuk kd keahlian)
Him : so ????
Me : So kite nak kamu tahu, kalau kite meninggal dunia, then kamu sakit apa2, kamu ambillah hati(organ) kita ye.
Him : tak nak lah, nanti asyik sakit hati macam kamu je. Lepastu makan hati. Hahaha
Me : (-_-) hmm, so, jom lah ! Jadi pengikrar penderma organ, daripada nanti jasad kena makan dengan ulat, baik kita membantu orang tau, nanti kite dapat sama-sama masuk syurga ! :)
Him : masuk syurga kite nak, tapi dengan kamu kite tak nk lah ! Nanti kat syurga kite dah ada bidadari yg lagi cantik berbanding kamu tunggu kite. Hahaha
Me : (-_-) masalahnya pahala kita melebihi kamu, so nanti kita tunggu kamu kat syurga, kalau pahala kamu kurang, kita bagi kat kamu pahala kita supaya kita sama2 dapat minum arak disyurga. Nnti kita sebut "ahmad faizal, fatin fashiekin disini menanti kamuuu"
Him : dush *dia sekel kepala akuh

P/S : dia memang kurang asam (-_-")
_________________________________________

Thank you for showing me every one of your faces because I love them all! I love you when you are happy, when you are sad, when you are angry or when you are disappointed. Every time I say "I love you", that's exactly what I mean - I love the whole you!

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MENJADI ORANG KAYA

Assalamualaikum,

FEBUARI yang penuh dengan ujian, ujian dari Allah SWT untuk menjadikan saya lebih kuat dan tabah dalam mengharungi erti hidup. Actually, ada rasa give up sometimes tapi setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya kan :)

1) Roadtax kereta tamat tempoh
2) Kereta rosak (ad brg perlu dganti)
3) Cermin mata patah
4) Accident smasa drive kreta abah (sportrem & sober patah)
5) Duit hilang ;'(
6) Tayar kreta pula botak
7) Tok masuk wad

Dan,
Last ni bukan masalah tetapi sesuatu yang memerlukan penelitian juga lah.
19 FEBUARI ini iaitu hari Ahad,
Birthday mama !!!! Sshhh, rahsia, jangan beritahu siapa2 okeh ;p

Pengajaran hidup,
Rezeki Allah ada di mana-mana, dan kalau niat kita baik, Allah ringankan beban kita tu. Ye mungkin ada perkara yang kita rasa sedikit tersentak dan rasa rugi. Contoh kemalangan yg merosakkn sportrem kereta abah tu, tapi nak buat macammana kan ? Tak da siapa nak perkara tak elok dalam hdp mereka. InsyaAllah ada hikmah :)

Dulu tengah study, sibuk btanya, bila bekerja, bestnya ada duit sendiri. Sekarang da kerja, barulah tahu makna sebenar mencari rezeki. Trust me, even u all memiliki gaji 30k sebulan, didunia ini, tak kan pernah cukup, kita tak kan lari dari tanggungjawb.

Semakin besar gaji, semakin besar tanggungjwb. Semakin banyak nasi, semakin byak keraknya.

Bak kata kak Alai,
Kalau orang kaya tak ada masalah,
Tak kan ada orang kaya kat dunia ni menghidap penyakit BLOOD PRESSURE. Kan ? :)

Dan bak kata incik Lalan,
Cara untuk kaya dan berjaya adalah buka bisnes sendiri. Bina empayar buat diri dan keluarga. Jangan sekadar makan gaji. Kerana ia takkan kemana.

With love,
FatinFashiekin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, February 12, 2012

TREAT YOUR GIRL RIGHT

Treat your girl right. Plain and simple.

I know it can be hard to please her sometimes, but it's worth it in the end. Remember that she's your happiness, your world. She should be the first person you talk to in the morning, and the last person you whisper "Good night" to. Unlike some of your bros, she's going to be there for you when you're the happiest, but more importantly, when you're at your lowest. She'll cook for you and care for you, so treat her like a queen. Girls are delicate creatures. Think before you say. Think before you act. They take every little mistake you make and multiply it by a thousand. So try not to mess up, aight? When you're fighting, sometimes it's better to put your relationship before your own pride. You're not helping yourself by making her upset, bro. And never, ever, under any condition, let her go to sleep crying. She'll resent you for it for the rest of your days. Don't forget to make her feel special everyday. Open doors, go shopping with her. Hell, make dinner for her! The more you show her you love her, the more she'll give you in return. Remember that an "I love you" via text is never as special as one in person. And show her off to your bros, don't be ashamed of her. She's never been ashamed of you. Look, she doesn't really need much in a relationship; she just wants to feel like she matters to you. That's not asking for much, bro.
But if you haven't learned a thing from reading this, remember this. Love her unconditionally, loyally, and keep her close. Love her with everything you've got: emotionally, mentally, and physically. Because I swear, if you won't treat your girl right, someone else definitely will.

Friday, February 10, 2012

WEEKEND, MARI MELANGKAH !!

oh ! sesungguhnya tak sabar menanti esok !
oh ! sesungguhnya rasa sangat bahagia !
oh ! saya rindu semua !


mari kita melangkahkan kaki dihujung minggu !

psst, lupakan hal semalam, maju kehadapan !! :)

with love, 
FatinFashiekin

Thursday, February 9, 2012

KEMALANGAN & KECELAKAAN 2 BIJI KERETA

Harini kereta saya masuk bengkel, so saya pergi kerja guna kereta abah. Balik kerja tadi ada something happen,

Sportrm kereta bengkuk !! (-_-)
Ye u all mcm tak nampak apa2 kan ? Cuba perhatikan betul2, sportrem tu macam senget dan kedalam. Nampak ? Kelihatan macam tak parah kan ?? Tapi u all, da x boleh drive ok, bila drive berbunyi "Tung. Tung. Tung. Tung"

Dugaan di awal tahun 2012. Januari 2012 saya dah lalui, but now febuari pula. SubhanaAllah.

Kejadian berlaku disebabkan kecuaian, saya drive kereta then tak pandang side mirror, tak sangka pula tayar belakang (kiri) tak lepas, apa lg, corner hentam sportrem lah. Dan sportrem bgkuk, ada bbm kat palie tunjuk gmbar, palie kate tak teruk dan kalau repair pun RM500 kebawah (-_-) dn incik lalan kata kalau ap bnda ntah namanya tu patah, mahu2 1k *semput.

Balik je rumah abah marah, actually semalam baru abah hantar kereta ke bengkel. Macam2 dibuat dan ni makin teruk pula disebabkan saya. Serius rasa bersalah sangat pada abah sebab abah sayang kereta tu dan nak buat pembaik pulih sepenuhnya kat kereta tu, saya pula ? Pi langgar corner pula (-_-)

Sampai je rumah abah tenung kereta tu. saya ?? Air mata dah meleleh dah. Yela, dah tua2 tiba2 kena marah. Biasenya saya duk marah adik2 ni sendiri kena marah. Sentap lah. Bila tgk abah tenung kereta dan susah hati, cepat2 masuk bilik. Keluarkan duit simpanan dan bagi semua yang saya simpan dan pertahankan smpena azam thn baru pada abah, saya kata "tak pe, duit boleh cari, abah gunelah duit akak ni buat repair kerete tu" bagi saya tu je care nak tebus apa yang saya buat.

Then call incik lalan (menangis dan mengadu lah) then kena marah dengan incik lalan, dia kata saya kena accept ni kesalahn saya dan abah mmg patut marah saya sebab tu barg kesayangan abah.

After few minute,
Abah dengan mama masuk bilik:

Mama kata :
"tak pe la, kakak tak sengaja, kalau mama pun tak sengaja, nk bt macammana.

Abah pula pulangkn duit yg saya bg dan abah kata :
"Ambil balik duit kakak, abah ade duit, ni duit simpanan kakak, abah bangga anak abah menyimpan hasil usaha sendiri dan tak harapkan abah"

Saya ?????
Tak tahu dah nak buat apa, rasa ada hikmah disebalik yang terjadi. Cuma rasa bersalah sangatt. Suatu hari nanti, kalau saya kaya raya, saya akan belikan abah sebuah kereta mewah ! Saya janji !

Incik lalan kata saya anak manja, sebab tu kena marah pun menangis, tapi sebenarnya, saya menangis sebab saya tak nak orang yg saya sayang susah hati dan bersedih.

Dulu masa saya kecik, saya pernah pergi muar (bandar) dengan abah tau berdua, naik motor. Kemudian hujan lebat, saya bagi baju hujan saya pada abah sebab saya duduk belakang, so saya mesti tak kena hujan, sepanjang perjalanan tu abah bawa motr dan kena hujan, saya menangis kat belakang tgk abah kena hujan sebab sedih tgk abah basah kuyup. Sampai sekarang abah tak tahu, masa tu saya simpan dalam hati "suatu hari nanti saya nak ada kereta, boleh saya bawa abah naik kereta saya dan tak kena hujan"..

Masa kian berlalu dan sekarang macam2 berubah, ada rumah baru dan macam2 berubah. Dan saya masih ingat kisah tu. Allhamdulillah dan masa yg blalu, skg bila lihat diri, Allah makbulkan doa saya dan pertambahkan rezeki kami sekeluarga hingga kini..

Suatu hari nanti, saya harap dapat bertambah membangga kan abah dan dapat membantu mama dengan abah. saya nak jadi terbaik untuk orang2 yang saya sayang !!!

Kepada Kak Ain, Palie, Anizan, Tengku Tit dan incik lalan. Terima kasih sudi ada masa saya sasau tadi :)

_________________________________________

Sangat siut bila kita sedih then incik lalan pula kept ulang :
"Kamu bersalah. Kamu bersalah. Kamu bersalah. Kamu bersalah. Kamu bersalah. Kamu bersalah. Kamu bersalah"

tension ! Nantikan ye, kereta dia empat4 sportrem saya cabut nanti ! HAHA !

With love,
FatinFashiekin

Wednesday, February 8, 2012

HOBI YANG MENIMBULKAN KEMARAHAN

Semua orang ada hobi kan ?
Termasuk saya ? Awak ? Kamu ? Kau ? She ? He ? Semua la ad hobi msing-masing.

Macam saya ? Saya suka membaca,
Membaca dan membaca.. Termasuk lah baca blog2. Apa-apa lah yang berkaitan bacaan.

Tetapi bagi saya,

Dalam dunia ni,
Setiap hobi incik lalan adalah masalah bt saya,pasti akan menimbulkan leteran dimulut saya. Sampai saya kata :

"Kamu punya hobi ni semuanya buat saya risau dan membebel. Cubalah pilih hobi yang tak menyusahkan hati kite"

Ok. Dia ada 4 hobi, actually berturutan dan mengikut musim :


HOBI PERTAMA :
1)PHOTOGRAPHY
Saya tahu bidang ni sangat bagus tetapi keburukkan yang saya nampak jelas ketara, iaitu bajet dn kwangan, hello, DSLR bukan murah sayang oi. Tu belum campur lens lah. Dah la lens tu kecik, pendek pula tu, sebijik, dah 3K !! Hah, mahu sahaja ku baling seperti lontar peluru macam zaman sekolah dulu tau. Sangat membazir. Ye, kalau tgk cerita Vanilla Coklat mmg lah sweet kan ? BF ambil gmbr GF. Tapi kalau tidak digunakan dgn betul tp hnya disimpan tetapi asyik btukar lens kepada yg lbh baik. Maka, menimbulkan kemarahan.


HOBI KEDUA :
2) MEMBELA IKAN
Incik lalan memang suka membela ikan. Hari2 merenung ikan, hari2 kata ikan dia canti even depan mata dia dah ada ikan PATIN@FATIN yg besar panjg ini dan saya sendiri pelik kadang kala bila dia kata ikan dia luka dan dia sanggup menyapukan ubat dibadan ikan (fine, pertama kali kot dgr org merawat ikan. Hehe) tapi sekarang dia taksub nak beli ikan kelisa. Dah lah sebesar ikan bilis beharga rm200+ then besar sikit saiz ikan kembung dah dekat rm1000. LaillahaillaAllah.. Membazir laaaaa...

ME : kalau kamu beli ikan kelisa tu, kita goreng ikan tu !!

DIA : ala, ikan tu bawa ong tau. Orang cina semua bela ikan tu ikut FengShui mmg dapat ong.

ME : karut. Kalau nak dapat Ong bkn pcaya pada ikan, tp doa, sembahyang 5 waktu. Tahu ?

DIA : alaaaa, kamu dah kata blh kan haritu ?

ME : kite kate kite akan bg kamu tabung ikan kelisa. Th ? Ala rumah atok pn ada tabung bntuk ikan kelisa, nti kite belikan macamtu k. Hehe

P/s : that's y dia beria ajk saya pi kedai ikan haritu (-_-) nak tunjuk ikan kelisa rupanya.


HOBI KETIGA
3) MEMANCING
Kalau nak memancing, pergi lah... Ini tak, awak semua bayang kan, dia suka memancing ke Pulau. Favourite place dia PULAU BESAR, MELAKA. Sehari suntuk pula tu. Pernah sekali dia ke Pulau 5 petang then naik bot ke tengah laut, balik ke jeti pukul 9 pagi keesokkan. Mana tk risau ??? Bila call tk dapat sbb out of coverage. Tuhan je tahu betapa saya risau. Dah lah cuaca tak menentu.


HOBI KEEMPAT
4) BAKING CAKE
Hobi ni mmg mulia, sy pun kenyangg, saya sendiri bangga bila kekasih tahu buat kek, tapiii, dia suka bt resepi kek baru, kadang2 sampai 6 biji kek terbuang macamtu je. Sehari 6 kek, kalau 3 hari ?? Lepastu asyik2 pergi supermarket cari bahan buat kek. Lepas buat dia buang, yela dia bujang, nk bg sapa je makan ??Tak tahu nak kata apaaaaaa.......


Dan saya tahu wahai incik lalan, u read this, haha. Eh ! Betul kan ? ;p

With love,
FatinFashiekin

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...