FOLLOWER

Friday, December 9, 2011

AHMAD FAIZAL BIN SULAIMAN



With love,
FatinFashiekin

NOW & CURRENTLY

Current Mood.

I am expensive, very-very expensive.  
I have that courage to stand and say YES or NO.


SUP PUNYA PASAL EKZOS YANG KENA

Kereta saya dah sihat ! :)
kepada yang sempat baca entry haritu.
(tp saya dah delete sbb ada slot hati pns masatu) ;p
so u all tahu lah kan
my ekzos kereta telah menimbulkan kemaluan dikhalayak ramai dengan membunyikan kebisingan
memang sangat memalukan, 
ini semua SUP TULANG punya pasal, 
konon nak tunjuk diri ni KEKASIH GADIS MELAYU TERAKHIR lah kn (-_-")
cik lalan balik kerja akuh siap bagi servis hantar lauk kat Tol Ayer keroh.
Pagoh-Ayer keroh (2minit bjumpe)*demi mmastikn kekasih kenyang.
anda mampu ?

sat nak bagi u all dengar kereta saya mengaum


maaf la saya sekadar menunjukkan Dinding rumah sahaja
segan lah, nak tunjuk kereta seksi saya. hehe 

masa kejadian ni berlaku.
fikiran saya sangat lah tensi ! risau.
TAPI, esoknya hantr ke bengkel, just di kenakn cas RM15
baru boleh senyum lebarrr 
^______^

ok sekian. entry kalini pendek tapi ayat melalut. maaf lah.

withlove,
FatinFashiekin

Thursday, December 8, 2011

PLEASE RESPECT OTHERS

Assalamualaikum

I hate bila ada orang menganggu insan kesayangan saya dan I hate bila insan kesayangan saya terlalu berdiam dan membiarkan mindanya diganggu dan I hate this situation and I hate because I can't do something.

SubhanaAllah.

please lah. Tolong rasional dalam setiap apa pun perbuatan anda. Don't being TOO PSYCHO. Boleh ? Fikirkan akibat dari perbuatan bukan nye melakukan perbuatan tanpa berfikir.

And please learn to respect others.
Saya sgt marah & at the same time saya sedih. Saya sgt terasa. and awak langsung tak jaga hati dia.

" berfikir sebelum berkata-kata. bertindak mengikut akal. kadang-kadang. kita terlupa nak jaga hati orang lain sebab kita terlalu teruja menjaga hati sendiri. tapi kalau terlukanya hati orang lain, bahagiakah hati kita sendiri itu nanti? "

* sedih sgt sgt sgt.

Yang benar,
FatinFashiekin


Wednesday, December 7, 2011

DELICIOUS ON ME

Assalamualaikum

Sedia maklum, mana yang kenal saya memang tahu nafsu makan saya macam ada bela saka dan sekarang saya terlalu teringin nak makan nasi ayam penyet and tempe goreng. serious (-_-")

dan disudahi dengan red velvet dari jantung hati.

kemudian supper with burger tepi jalan. dapat benjo pn takpe. puas hati dah.

bila bangun pagi, hidangkan nasi lemak yg lazat dari mama, lunch nasi beriani di JM beriani.

kudap kudap kek batik yang super sedap dari kak ani.

lepas tu kunyah thosai paper sampai lenguh pipi.

and dinner menghirup sup meletup!

ok. tibe-tibe melarat menu sampai esok punya. tengok?!! kalau cakap pasal makan memang tk mampu nk berhenti. ini baru ikut timing makan ala pegi camping, belum ikut kemampuan perut dan nafsu untuk makan. selang 2 jam perut lapar. Saya pn tak tahu macammana nak dapat perut nicole scherzinger kalau macam ni. ;p

With love,
FatinFashiekin

NOTED : 
"in every tough on ME, there's something make me STRONGER, don't ask me why I'm CHANGED? The reason is I just FIND MY SELF." *answer :) 

Tuesday, December 6, 2011

NAFSU KETIKA DEMAM

Assalamualaikum

I'm too tired yesterday and the day before,and now, im chasing my nose! mucus were everywhere. Perkara paling sexy at this moment, my eyes sparkling like anime sebab bila demam mata saya tend to berair saya meleleh2. sama laju leleh dengan hingus T_T

Then I wishlist something ;

saya demam dan saya teringin anggur.
saya demam dan saya baru balik kerja.
saya demam dan saya baru lepas rendam muka dalam baldi.
saya demam dan saya nak sushi.
saya demam dan saya nak pizza hut.
saya demam dan saya taknak kfc. 
saya demam dan saya taknak secret recipe.
saya demam dan saya mahu chickenchop.
saya demam dan saya mahu terjun dalam ais.
saya demam dan saya nak makan aiskrim sampai mulut beku.
saya demam dan saya terhuyung hayang.
saya demam dan saya pasang lagu lazy song. 
saya demam dan saya switch off lampu.
saya demam dan saya nk something sweet and sour in my mouth. belimbing should be nice.
saya demam dan saya baru habiskan tuna seperti kucing kelaparan.
saya demam dan hidung saya tersumbat tapi saya terbau tomyam. homay!

*I’m having this super duper big stomach, hyper and touchy monster when im sick.

With love,
Fatinfashiekin

JOHOR TO PERAK

Assalamualaikum

Seperti yang u all ketahui dan telah saya war-war kan yang saya currently far away from Johor masa 3/12/2011(saturday), so JOHOR-PERAK lah,. seriously saya tak pernah ke utara tu, paling jauh pun Kelantan & Pahang, but for me, Perakk lagi jauh. seriously rasa sakit sendi-sendi dan urat-urat badan tau. kami pergi dalam 6 buah kereta. dan konvoi bersama, dan menambahkan klewatan ketibaan maybe cuz asyik berhenti for solat, makan dan menunggu mereka yang tertinggal dibelakang dan terlajak :) kalau Pergi sendiri boleh tekan 160kmj maybe boleh lah sampai cepat kot. hehe


Di RNR Dengkil, menanti lagi 2 buah keluarga (cik nunik & cik jex)
actually cix jex saing kami tapi tiba-tiba dia terlajak cuz dia fikir kami akan ke rumah cik nunik 1st, kami tak masuk ke Sungai Besi sebab takut tersangkut dalam kesesakkan lalu lintas dan jauhh, so tunggu di RNR dan saya bising-bising ajak family bergambar :)


this is my mom and my daddy !
abah saya tembam kan ? kalau tengk kungfu panda kami kata 
"abah, pertnye sama dengan abah lah"
dan abah akan senyumm. hehe. eh ! u all jangan tk caya, masa kawin dengan mama, badan my dad just 48kg je tau *FAKTA ! abah selalu kata "mama masak sedap" sebb tu abah naik berat badan.. nak macamtu nanti bila dah kahwin, boleh kan ? :)


actually mama tak kasi saya publish gambar ni, mama kata dia nampak bolat ;p
TAPI saya nampak cool ! so kenalah publish. hehe


ok. snap 1 pic, jom gerak semula !!!

then, 3jam perjalanan AT LAST, happy ! 


RNR TAPAH ! :)
dengar je Perak, rasa macam dah dekat je.
then tanya cik ekin, lagi berapa jam nak sampai,
cik ekin kata "lagi 3jam~"

aku : (-_-") ingatkan da dekat


wif pipik. nama penuh dia FITRASARI. hehe. my dear cousie, baru habis SPM dan dia sangat excited sebab dah tamat study dan rasa diri dah dewasa :)

around 7pm kami barulah kami sampai ke BAGAN SERAI PERAK


Kami stay disini, dan paling best ! bersebelahan dengan kawasan padi ! waa ;D pemandangan yang dirasakan indah ! almaklumlah, johor dipenuhi Kelapa sawit & Pokok Getah so very lah the teruja nampak sawah, terus snap2 gambar



kan akuh dah kata, akuh excited nampak padi,
Tapiiiiii ade yang lebih exciteddddd, lepas subuh, masing-masing melihat padi tau,
tak caya ? tak caya ? betull.
nak bukti ????


kan ? heheh. mereka tak thu saya duk shoot hendap gambar mereka ;p
masa ni 7.15am. tengk2 padi di pagi hari,
around 10am baru siap-siap nak ke rumah cik syikin

konfius tau. dalam family belah tok abah,
banyak ekin.
saya, FATIN FASHIEKIN
aunty saya, SITI NORASHIKIN
dan yang terbaru NOORA ASHIKIN
dan semuanya dipanggil ekin
so tok kata suh buat panngilan
EKINJEX=cik ekin+cik jex
EKINFARID=ekin+farid (my cousin)
EKINLAN=akuh dan incik lalan *tak confirm lagi
hahaha. so lepasni bertambah lagi lah insan bernama EKIN dalam family kami, saya rasa berbangga kerana nama ekin melahirkan gadis2 yang menjadi pilihan my uncle dan my cousin. hehe ;p


kami GADIS SI DULANG HANTARAN
*saya berbaju kuning


My cousin ABDUL FARID wif her beautifull fiance NOORA ASHIKIN







FATIN FASHIEKIN. NOORA ASHIEKIN. SITI NORASHIEKIN
"ekin"



saya, saya, dan sayaaa :)


my uncle & my aunty :)


SYIKIN LOVE FARID ?
silap lah, SYIKIN LOVE FAIZAL ;p


eh my name :)

ni masa ontheway balik, SubhanaAllah. perak-KL hujan terlalu lebat,
drive pn 40-80kmj, asyik brek2. accident sana sini.
then kelam kabut drive cuz kami konvoi, ada yang tertinggal,
ada yang dah laju dhadapan.
so sepanjang perjalanan, saya, mama dan adik-adik tak tidur,
sebab memerhati persekitaran
yelah, hujan terlalu lebat, kami saling jadi memerhati
saling pesan memesan, ketawa-ketawa,
tapi saya paling banyak makan kot sepanjang perjalanan,
baru setengah jam perjalanan da bising kata
'abah, kakak lapar lah"
nasib mama ni ibu yang sistematik, dia dah sediakan bekalan ok.
so kenyangg ! :)

bila ontheway balik pula
kami tapau banyak KFC.. 
MAKAN MAKAN MAKAN

ok, apepun, to my cousin, Tahniah,
semoga di Percepatkan urusan untuk mengeratkan ikatan tali Rumahtangga,
May Allah bless ur relationship.

with love,
FatinFashiekin

Monday, December 5, 2011

DISINI

Assalamualaikum

Kamu,
pandang sini. 
nampak kita di sini?

Kamu, 
kita terlalu setia di sini,
entah untuk apa,
entah untuk siapa.

Kamu,
kalau diizinkan,
kita terlalu ingin berada disisi,
biar kita laungkan di telinga,
”pejamkan mata, saya ada”.

Kamu,
teringin sangat,
jadi yang pertama dan terakhir untuk setiap jaga dan lelap.
teringin.

tapi mana mungkin bila tiap nafas ada cukup perit untuk dihela.


Saturday, December 3, 2011

FAR AWAY

Assalamualaikum

Hye my dear friends.
I'm Away from Johor/home for a few days.
I'll update more soon. more & more to come.

Take care Ever

With love,
FatinFashiekin

Friday, December 2, 2011

I SAY IT LOUD WITH PROUD

Assalamualaikum


hai. Actually, nothing much to update. just ade la a few things rase nk post dlm blog ni. 

Life : currently, my life seems to be so perfect. great life. great family. great friends. great lover. everything great lah! but saya tahu, langit xselalunye cerah.. one day, kite akn rase down blik, tp saya tak kisah lah, as for me. Saya sgt yakin dgn ape yg saya rase, so ape2 pun.. bile2 pun.. Saya rase happy, saya akn enjoy smpai akhirnye and bile tibe time sush.. sedih.. Saya akan blajar appreciate setiap saat. sebab saya pcaye, setiap kesusahan, ade hikmahnye.mane ade org happy je smpai mati kan?! my life full of ups & downs. Saya admit that. but yup.. Saya ni type jarang tnjuk, ketawa je. but for now, at this moment, im so thankful i was born as FATIN FASHIEKIN BINTI ANUAR. hehe. a small girl with big dreams. well., saya rase saya sgt enjoy with my life. 

Family : ok family. my everything. my heartbeat. enough to say. parents superb. Siblings hebat! well.. I'm not saying that they are very perfect but their imperfect parts yg ckit2 tu buat saya pandang mereke cukup perfect! *boleh faham ke bahase saya ni? heheh. yela, no one perfect dlm dunie ni. tp if kte tgk yg xperfect tu perfectly, they you go! so in short, saya bangge lahir dlm family saya. I LOVE THEM so DAMN MUCH..!! 

Love : heehe*malu.. Tibe2 saya teringt kate2 salah seorg kwn saya "boleh berthn ke relationship korang ni? Dengan status dia ?" time tu saya pun xtau lah nk jawb ape. heheh. Saya just ckp " we'll see " ..hehe. but now, everything perfect! mcm bru je rase tolak cinta dia and then terima dia. Konon jual mahal masa tu. Hahahah! *blushing! kejap je mase. tup tap tup tap da lama rupanya. but yup still so in LOVE. what else can i say? sayang, I love being around You. That's y even jauh, kite sanggup drive jauh untuk jumpa kamu, even its just 5minute je kite bjumpa. thanks for being such a weird boyfriend. I LOVE YOU. and will always do. Fullstop. ♥

Friends : oh part plg menarik. semakin saya membesar, saya rase dunie semakin mengecik. heheh. situ sana sini, merata2 kawan2. heheh. glad having u guys in my life. but yea.. i have 4 girlfriends that I cant live without. they bring colours into my life. my dear sisters @pharmacy, u know who u are right? thanks for always being there when I need You and you are my 'butterfly'.!! :) to all my friends, thanks for being a part of me.thanks for all ur supports. to those kawan yg lupe kawan, xpe saya tetap ingt korang.

Works : ok. I'm enjoying what I'm doing. but struggling at the same time. bile kita da bkerja, bru kita tahu, yg its not that easy to be someone who you dream of. work hard is the key. haihhh.tapi untuk work hard pun its not easy, perlukan kecekalan menempuhi hari disebabkan kemalasan yg sentiasa mbelenggu diri. heheh. tp xpe2, sabar. Saya sgt byk plan untk future wif him so kne struggle. no matter what. Jimat cermat ! :)

I say it loud and I say it with proud. 

With love,
FatinFashiekin

Thursday, December 1, 2011

BERSYUKUR SEBAGAI FATIN FASHIEKIN

Assalamualaikum

  1. Saya bersyukur kerana my birthday i got new laptop secara percuma*rezeki dari Allah
  2. Saya bersyukur kerana dilahirkan sempurna akal fikiran & fizikal *Allhamdulillah
  3. Saya bersyukur kerana diusia muda, saya memperolehi banyak pengalaman hidup
  4. Saya bersyukur kerana selalu didatangi kesedaran untuk menjauhi keborosan
  5. Saya bersyukur kerana memiliki Bos yang sering berkompromi dan mendegar suara hati perkerja ;p
  6. Saya bersyukur kerana My mama dan abah selalu mengawal pergerakkan saya dengan tegas ketika saya remaja *kini konon dewasa
  7. Saya bersyukur tidak menghidap penyakit kronik
  8. Saya bersyukur kerana memiliki nama yang sedap Fatin Fashiekin *konon HOT 
  9. Saya bersyukur kerana memiliki kawan-kawan yang happy good lucky dan memiliki banyak kakak-kakak *kawan atas usia
  10. Saya bersyukur kerana saya boleh meluahkan segala rasa kesyukuran saya ini
  11. Saya bersyukur kerana anda sudi membaca rasa kesyukuran saya ini
  12. Saya bersyukur kerana dikurniakan abah dan mama yang memahami saya
  13. Saya bersyukur adik-adik saya seram ketika melihat saya marah sekurangnya mereka menghormati saya dan gerun melihat kemarahan saya *fakta. haha
  14. Saya bersyukur saya suka makan banyak-banyak tetapi berat badan masih terkawal
  15. Saya bersyukur sebab teman lelaki saya sangat mudah diuruskan
  16. Saya bersyukur sebab mama saya suka cantikkan bilik anak dara dia kemudian masak sedap-sedap. just beritahu je teringin makan apa *Truth !
  17. Saya bersyukur abah selalu nampak tegas tapi abah sayang kami sangat-sangat
  18. Saya bersyukur sebab keluarga saya sangat sporting dan open minded 
  19. Saya bersyukur sebab adik-adik saya dengar kata saya
  20. Saya bersyukur sebab bekerja di Farmasi Sihat, saya tak kena buli
  21. Saya bersyukur Ahmad Faizal Sulaiman suka buat lawak
  22. Saya bersyukur sebab saya banyak bercakap dan boleh menjadi promoter vitamin ke2 terbaik. sebab number 1 kak ani. hehe
  23. Saya bersyukur walaupun saya tak berapa cantik, tapi masih ada kekasih yang menerima seadanya
  24. Saya bersyukur kerana walau saya selalu menyucuk pesakit, tetapi saya masih sihat sejahtera *Allhamdulillah
  25. Saya bersyukur kerana kembar saya, Noraini Shariat suka pujuk saya bila saya menangis
  26. Saya bersyukur sebab saya suka ketawa
  27. Saya bersyukur sebagai warganegara Malaysia
  28. Saya bersyukur saya masih ada dara
  29. Saya bersyukur kerana saya beragama islam
  30. Saya bersyukur menjadi perempuan kerana boleh make up cantik-cantik
  31. Saya bersyukur kerana rambut saya mudah diuruskan dan kelihatan beralun KINI. haha
  32. Saya bersyukur dengan tubuh badan saya
  33. Saya bersyukur sebab orang sudi melayan karenah saya
  34. Saya bersyukur kerana saya tidak kuat merajuk dan tak berharap dipujuk
  35. Saya bersyukur bekerja di Farmasi kerana bila saya sakit, kak ani akan paksa saya makan ubat dan kak Alai sangat memahami dan kak Aida sudi mengantikan cuti
  36. Saya bersyukur sebab orang kata rumah saya besar
  37. Saya bersyukur kerana tahu memasak 
  38. Saya bersyukur kerana saya ada lesen kereta dan memiliki sebiji kereta
  39. Saya bersyukur kerana kulit saya tidak terlalu hitam
  40. Saya bersyukur kerana abah dan mama izinkan saya couple dengan incik lalan
  41. Saya bersyukur kerana selalu rasa gaji tak cukup tetapi sebenarnya sudah 4 tahun saya berkhidmat
  42. Saya bersyukur sebab saya ada blog
  43. Saya brsyukur sebab rumah saya tiada jiran so saya boleh terjerit jerit sekuat hati
  44. Saya beryukur sebab saya memiliki blackberry sebab dulu saya tak hingin nak beli pun
  45. Saya bersyukur sebab di Face Book saya memiliki ramai kenalan
  46. Saya bersyukur sebab semua orang terima saya seadanya
  47. Saya bersyukur kerana mudah berjerawat tetapi tidak meninggalkan parut diwajah
  48. Saya bersyukur sebab saya mampu memandu kemana mana yang saya suka
  49. Saya bersyukur sebab saya memperolehi gaji setiap bulan
  50. Saya bersyukur sebab saya Tidak gemar berparti atau terlalu sosial
  51. Saya bersyukur sebab saya mudah rasa tersentuh bila tengok kesusahan orang lain
  52. Saya bersyukur sebab saya dapat idea nak tulis entry bersyukur dari orang lain
Andaikata saya diuji dan rasa kesyukuran ditarik balik,
Saya bersyukur atleast saya pernah memilikinya :)
 
 
with love,
FatinFashiekin
 

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...