FOLLOWER

Friday, October 14, 2011

GADIS TAK SEMPURNA

I may not be perfect. In fact, I'm not perfect at all and I don't want to be perfect.
Yes! Maybe I'm not as good as you think BUT I'm NOT that bad!
I'm just saying that I'm worth it. respect me as I respect you. appreciate me as I appreciate you people! Don't take people for granted.
I don't think anyone is the perfect one to play me or even others.
Yes. I treat people how they treat me.
 
 

Tuesday, October 11, 2011

SERIOUSLY I WANT !

oh i'm so in love with him
and i want to

*stay in bed for hours (lpas khwin ok) harem ;p



berada disamping kamu
memandang kamu
mengusik kamu
adalah perkara paling terindah
yang dirasakan
:)

with love
FatinFashiekin

HARI YANG BAKAL TIBA

Sedang asyik merenung perjalanan hidup, baru saya sedar.
Bahawa usia kian bertambah.
Beberapa hari lagi hari lahir akan menjelma. Laju nya masa berputar.
Masa yang tak pernah menunggu
tetapi selalu berputar :)

Semakin mningkat usia,
Kadang kala rasa hidup ni makin mcabar,
Saya sangat rindukan usia kanak2 sya,
Masa kita kecil,
Tiada apa yg perlu kita bimbangkan,
Kita hanya tahu ketawa riang dan beranggapan bahawa hidup ini sekadar untuk berseronok.

Ye, saya sungguh bertuah,
Allah hadiahkan saya
Mama dan abah yang terbaik
Kasih syg & pengorbanan mereka
Tidak terhitung.
Apa yg mereka berikan semuanya mencukupi dan tiada kekurangan.
Saya sendiri tidak pernh btanya sesukar mana mereka bekorban dan berusaha untuk memastikan kehidupan kami sekeluarga sentiasa sempurna.

Abah,
Ye abah memang tegas
Tetapi abah memanjakan saya dan adik2
Even saya da besar pun kalau abah
Melayan adik2 makan mesti abah kata
"Kakak dah makan belum ? Meh abah suap makan ?"
Tidak pernah sekalipun abah mjentik
Kami adik beradik,
Walaupun abah penat bekerja untk mcari rezeki tapi penat macammana pun abah,
Sayangnya abah pd kami tetap tserlah.

Saya masih ingt,
Setiap hari minggu abah akan bawa
Kami sekeluarga ke taman permainan
(Tanjg Emas, Muar)
Abah akan menemani saya bermain sehingga puas, 
abah tak penat merungut walaupun abah sibuk bekerja.

Banyak keseronokkan yang abah berikan
Dan saya tak tahu berapa banyak
Wang yg abah habiskan demi mbuat
Saya dan adik2 ketawa riang.

Sempena hari lahir yg bakal menjelma,
Saya rasa saya nk tuliskan sepucuk surat berterima kasih kepada mama.

Mama, sempena hari lahir kakak, 
terima kasih sebab lahirkan kakak, 
kakak nk beritahu betapa kakak sayangkan mama.

Ampunkan kakak kiranya dalam temph kakak hdup 
kalau kakak ada mbuat mama bersusah hati atau 
mungkin percakapan kakak ada yang melukakan hati mama atau 
kakak pernah ingkari permintaan dan suruhan mama atau 
sepanjang tempoh ni kakak gagal jadi anak yg terbaik buat mama,
gagal menjadi penyejuk mata mama, 
gagal buat mama terasa bahagia.

"Ya Allah, aku menyanyangi dan mencintai mama ku kerana-MU.
Tuhan, lindungi mama selalu daripada bahaya dan dukacita.
Selalu lah Engkau ukirkan
senyuman di wajah mama,
supaya ku tahu mama berbahagia dengan hidupnya.
Selalulah Engkau payungi mama dalam rahmat dan kasih sayang-Mu
yang tidak bertepi itu."

Daripada zuriatmu : FatinFashiekin

YA ALLAH,
BERI DAKU WAKTU YANG CUKUP PANJANG
UNTUK BERBAKTI KEPADA MAMA DAN ABAHKU. 
PANJANGKAN UMUR MAMA DAN ABAHKU, 
PANJANGKAN UMURKU,
BERI DAKU WAKTU.
BANYAK SEKALI YANG INGIN AKU
LAKUKAN UNTUK MAMA DAN ABAH.
BANYAK SEKALI PERKARA YANG
INGIN AKU KORBANKAN UNTUK 
MEMBAHAGIAKAN MEREKA.

:')



BOLEH TAK KALAU SAYA NAK...... ?

Assalamualaikum

BOLEH TAK ???????????
KALAU..............

Saya nak jadi cantik seperti mama ?

Saya nak jadi penyabar seperti abah ?

Saya nak jadi rajin seperti adik ?

Saya nak jadi kaya seperti kak alai ?

Saya nak jadi serba boleh seperti kak ani ?

Saya nak jadi lemah lembut seperti kak ain ?

Saya nak jadi romantik seperti kak aida ?

Saya nak jadi bijak seperti incik jantung hati ?

Saya nak jadi tabah seperti kak illa Yaakob ?

Saya nak jadi cool seperti faisah ?

Saya nak jadi setia seperti kak zura ?

Boleh tak ek ?

Happy :)
Sebab sedar tak sedar.
Sekeliling kita penuh dengan
Nilai-nilai murni,
Lillahitaala semua yg saya catatkn
Adalah ciri2 mereka.

Tak pa andai diri tak sesempurna
Isteri2 nabi kan ?
Tapi saya rasa saya akan sempurna
Kalau segala yg ada dsekliling saya,
Saya dapat lengkapi.
InsyaAllah.

Subhana Allah. Alhamdullilah. terima kasih Ya Allah.

Aku sudah miliki dan dampingi
Mereka yang hebat dan dapat
Memberi aku ptolgan andai aku sesat :)

With love,
FatinFashiekin

THE BEST WEEKEND


Assalamualaikum

selamat bekerja dihari selasa yang mulia. hehehe
kerja. kerja. kerja.
wif dearest sister yg bakal bkahwin this end of october
*saya je ntah bile kan ?
(-_-)


 

gambar before ke majlis kahwin kak lilie :)


 celebrate my bufday
sambut awal cuz this weeknd incik lalan ada seminar
di chiangmai
so ada masak2 juga lh bt beliau :')

 

incik jantung hati sedang makan ;p
rasa bahagia tgk kekasih makan dirumah kita
hehe

                     

serasi bersama, gaduh selalu
;p

 

dia suapkan saya makan slepas dpaksa ! hehe
mama dgn abah senyum je mliht gelagat kami.
tq kpd dinie daniel sbb ambil gmbr kakak yg tgh
tak ready nih.
jari pn x sempt nk bt peace
(-_-)


saya je yg beria kan ? (-_-)
incik lalan jwab "kite nak makan"
tapi€ td kat rumah dia lah konon beria kenyg
mbedal 3 pinggan nasi ayam.


lepas ke majlis kahwin kami ke kedai buku
then duduk kt gerai makan lama lama dan sembang-sembang, rasa masa sekejap
je berlalu tau :))

i love my friend, family and boyfriend !

Monday, October 10, 2011

KEHIDUPAN DAN PENGAJARAN

Assalamualaikum

Betul kata org, kehidupan yg real ini adalah guru terbaik. betul.. apa yg kita pernah alami, sedang alami dan akan alami merupakan satu ilmu yang kita terus praktikkan dalam kehidupan seharian.

satu ilmu yg tak mungkin kita dpt melalui buku teks dan even pembelajaran dalam class semata-mata.

Pengalaman. itulah cikgu terbaik dlm dunia setakat ini. tak dinafikan.
bila kita jatuh, kita belajar untuk bangun. sebab apa? sebab kita nk terus berjalan.
bila kita lemas, kita belajar untuk timbul. sebab apa? sebab kita nk terus bernafas.
bila kita lompat, kita belajar untuk mencapai apa yg kita nk tu. sebab apa? sebab kita nk berusaha memilikinya.
bila kita berlari, kita belajar untuk mampu berhenti di tgh jalan. sebab apa? sebab kita nk sambar setiap peluang & ruang yg ada sepanjang larian kita.
bila kita ketawa, kita belajar untuk berkongsi tawa dgn org lain. sebab apa? sebab kita mahu org lain turut gembira.
bila kita menangis, kita belajar untuk kesat airmata. sebab apa? sebab kita tahu setiap kegagalan itu adalah titik permulaan sesuatu. 
bila kita duduk, kita belajar untuk bersila. sebab apa? sebab kita tak nak kita lupa asal usul kita dan dari mana kita bermula.

sesungguhnya kwn-kwn kita tak kan mampu menggapai awan kalau kita tak terus melompat dari tanah tanpa henti.

pengalaman membuatkan kita semakin kuat. pengalaman membuatkan kita semakin tabah.

pengalaman membuatkan kita tak patah semangat. pengalaman membuatkan kita berani.

pengalaman mengajar kita apa itu kepayahan. pengalaman mengajar kita apa itu erti sebenar kegembiraan. pengalaman mampu menjadikan kita 'seseorang'. pengalaman juga mampu merubah jati diri seseorang. dan hanya pengalaman yang mencerminkan keadaan sebenar sebuah kehidupan.

Sebenarnya kita semua sama. samada kita sedar atau tak je yg kita ada kekuatan tu. cuma mungkin kita perlu lebih positif dan cuba untuk percaya kepada diri sendiri. 

Ingt, Allah bersama hamba-hambaNya yg sentiasa berusaha tanpa rasa penat & lelah. Insya Allah semua org boleh jadi kuat, tabah & cekal.
Dugaan, kepayahan & kesusahan itu sebenarnya kegembiraan kita masa hadapan.

Jangan mengalah, Jangan putus asa, Jangan cepat kecewa kwn-kwn.
Insya Allah. ada pelangi menanti untuk kita nnt.

tiada sesiapa yg sempurna dlm hidup ini. Tetapi kita sendiri mampu meletakkan tahap kesempurnaan hidup kita sendiri. pilihlah & berfikirlah. yg pasti kekurangan bukan penghalang.

Hidup ada pahit ada manis kwn-kwn. Tapi kalau kita tahu nk buat yg pahit jadi manis, bertambah-tambah lah kemanisan hidup kita.

indah bukan? :)


Saturday, October 8, 2011

9 10 11 (sunday)

Assalamualaikum

Bangun pagi dengan hati yang girang dan tenang :)
Segala celah dan jenis penjuru pastikan
Tiada habuk ! 
Masakan pula harini mama yang masak
Bukan saye ;p
Mama didapur, saya pula settle kn hal mengemas,

Harini 9/10/2011 tapi pagi tadi buka peti ais tiba2 nampak kek. Pelik juga, tiba2 aik ada nama saya dan adik. Ok birthday saya 26/10 dan birthday adik 19/10, mama nk celebrate harini. Saya kata lah "awalnye ? Kenapa awal sangat ?"

Then mama kata
"Ala, lan (incik jntg hati) datang harini, so mama dah siap kan awal-awal, kan minggu depan dia ke luar ngra so x smpat dia nk jamah kek nnti, dia balik sini dah lpas birthday adik dah"

Saya ?? (-_-)
Ape kena mengena dengan incik lalan pula ?? Ok keluarga saya mmg sayang dia maybe sbb kluaga saya x da ank lelaki dwase kn ? So mama dgn abah sgt suka incik lalan (-_-)

Ok lh, nk bsiap, sat lg incik lalan tiba, mahu pakai cantik2. Bye :)

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...