FOLLOWER

Sunday, July 31, 2011

MELIHAT DIA TERTAWA

Assalamualaikum

Sunday. Membawa my lil sibling bermain-main. Sempena sebelum ramadhan tiba, bagi mereka penat dan berpeluh sambil makan snek dengan penuh kekenyangan dan kegembiraan :)


Saturday, July 30, 2011

SELAMAT BERPUASA. SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum

Salam Ramadhan rakan-rakan sekalian :)


ku harap kan Ramadhan kali ini lebih bermakna berbanding Ramadhan2 yang lepas. Sesungguhnya akan ku hargai ramadhan kali ini seperti tiada lagi Ramadhan buatku. Semoga Iman dan Taqwa dalam diri ini dapat di pertingkatkan.

May your blessings be too many to count,
and your worries too few to matter,
May your days be filled with sunshine
and your nights in comfort
May you never go hungry
and be able to share your bounty
May God bless and protect you
and strengthen your faith
May Allah Bless of people of palestine
and answer their prayers
May next Eid we celebrate be free from oppression,
hatred, persecution, and fear..
My Wishes to all for a blessed Ramadhan and please remember those who hungry all year long
Salam Ramadhan Mubarak to all

 "MAY ALLAH BLESS US WITH HIS FULL BLESS"

“Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda..sesungguhnya,saya hanyalah insan biasa yg tidak dapat lari dari kesilapan..maafkanlah saya..”




Friday, July 29, 2011

HUMAN HEART

Terdampar jauh dihempas badai ku hanyut
hati merintih terkunci mulut membisu
perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
liku ranjau ku tempuh dalam mencari jawapan

disudut kecil hatiku sering berkata
apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya
ku beranikan diri menongkah arus yang deras
demi hari esok ku relakan

walau tiada tangan menghulur
kan ku tetap bdiri teguh
untuk bangkit semula
tuhan hanya engkau mengerti
perjalanan hidup seorang insan

kini ku jauh mmerik bintang dilangit
berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
tinggl lh memori tpahat didalm dada
terjawab sudah segalanya

aku hanya ingin merasa
kemanisan hidup didunia yang ku dambakan
tuhan hanya engkau mengerti 
pejalanan hidup seorang insan



saya suka lagu diatas, bila dengar saya tersenyum,
totally its all about my self.
bukan senang untuk jadi senang
tapi bila kesenangan menghampiri, mula lah,
suara2 sumbang berbunyi
its all about life. i know :)

antara mentor2 yang saya rasa berjaya mengharungi kesusahan kehidupan
dengan berjayanya adalah bos saya. Puan Azlaini dan En Fauzan.
haaa, contoh yang tepat dan sempurna,
dan lihat mereka sekarang,
rumah besar, kereta besar, perniagaan bercawang-cawangan
tapi biasalah orang kaya, sentiasa bsikap sederhana
uh, semoga Allah memurahkan rezeki bos saya,
so of cz lah murah rezeki saya ;P

"Ya Allah Ya Tuhanku, kau murahkan lah rezeki ku serta mereka yang mengenaliku, buka kan lah Pintu Rezeki kami dari sumber yang Halal, permudahkan dan langkah kami dalam mengharungi setiap ujianmu Ya Allah.. Aminn "

mudah-mudahan

Thursday, July 28, 2011

BELAJAR DARI PENGALAMAN MEREKA YANG MELALUI


Assalamualaikum !
1 hari ( selasa) , 2 hari ( rabu)
apa makna 2 hari ?
maknanya saya sudah 2 hari tidak update blog. Hehe
maaf lah ye. saya lebih ke arah mendahulu kan perkara yang sepatutnya di dahulukan.

Salam khamis untuk kamu sekalian ye, Ramadhan menghampiri, even lagi 4 hari, saya dah betul-betul excited. For u all information, saya dah membuat tempahan untuk berbuka di suatu tempat yang istemewa. Hehe. Suka ! puasa pun belum tapi dah over excited siap booking2 kan ? haha. Sure lah kena booking cuz limited edition punya tempat. Dimana ? kenapa kena booking ? kenapa limited edition ? kenapa rahsia bebenau ni. Jawapnnya. Rahsia. Hehe. Aumm~ Oh Ramadhan, saya amat menantikan anda dan sedaya upaya ingin menghargaimu

NEW TOPIC

Apabila tibanya tarikh2 demikian, mula lah mood saya tak menentu. Dan segera dahi saya tercatit “BEWARE I AM PMS”
hehe. Tapi saya tak menggangu sesiapa ok Cuma sesiapa mjadi pasangan hidupku nanti sure lah jadi mangsa mendengar rintihan dan luahan isi hati. Haha
mood sedih menguasai diri,
rasa sunyi lah. Sepi lah. Sedih lah. Kecewa lah.
betul-betul menyesakkan minda, rasa nak menangis mengenang nasib diri (cewah) ;P

Tapi, Allhamdulillah, isnin lepas, saya dapat mesej, sahabat saya dalam kesusahan,
berat beban yang di tanggungnya. Sesungguhnya saya sepatutnya bersyukur, atas sindrom menstrual yang saya alami, sekurangnya ia nya hanya dari pemikiran negatif saya sahaja, tetapi bagi mereka yang benar2 sedang menaggungnya, MasyaAllah. Nauzubillahiminzaliq.

Sebelum saya falling in love wif incik lalan, mereka lah pasangan yang paling secocok, sepadan dan loving dimata saya. Dan saya sentiasa terfikirkan “beruntung mereka” si gadis cantik molek, balajr dalam kos fashion designer (of cz lah cun !) , bukan sahaja cantik tetapi sentiasa menghiburkan. Si jejaka pula seorang photographer yang sangat berbakat. Saya suka apabila mereka bersama, gambar2 mereka berdua, sangat menceriakan. Almaklumlah kalau BF photographer, sure lah setiap gambar yang terhasil semuanya indah sekali. Mereka berdua sangat lah sporting. Tambahan pula, mereka dah lama bercinta.

Benarlah, jangka masa sesuatu hubungan tidak menjamin kebahagiaan dalam perhubungan, hari berganti, si gadis jauh di utara. Si jejaka jauh di selatan. Hubungan terbatas. Syak wasangka mula terbit di hati. Pergaduhan kecil menjadi besar. Hubungan cinta jarak jauh benar2 menguji. Dari pergaduhan yang kecil, bertukar menjadi besar.

Dugaan menghampiri, di saat berjauhan, si jejaka di datangi masalah, pekerjaan dan segalanya, segalanya menyesakkan minda. Si jejaka beranggapan ingin menanggung segala kepayahan bersendirian dan tidak mahu menyusahkan si gadis. Pergaduhan semakin berlarutan. Pergaduhan semakin menyakitkan. Si gadis meminta penjelasan.

Tetapi si jejaka,..... diam, mengalah, mengundur diri, meminta si gadis pergi menjauhinya agar tidak turut sama menaggung masalah yang di hadapi, si jejaka tekad mengatakan diri nya kuat asal kan si gadis selamat dan bahagia.

Si gadis, menunggu, tertanya,. Segalanya tiada jawapan tetapi hanya persoalan.. si gadis ingin bersamanya, tetapi si jejaka menggeleng tidak mahukannya. Si gadis bangun dan berlalu. Sesunguhnya saya ada di waktu si gadis memerlukan kekuatan, saya ada di saat si gadis merindukan, saya ada disaat si gadis menangisi pemergian..

Hari berlalu..

Allah maha berkuasa, doa mereka didengari oleh Allah, si gadis kini memperoleh kebahagiaan, tetapi si jejaka ? menyesal dengan apa yang di lakukan. Sesunguhnya saya turut memahami beban yang di tanggung si jejaka. Mreka berdua tidak bersalah. Mungkin takdir sudah menentukan segalanya. Mungkin ada hikmah yang cuba Allah tunjukkan, semoga mereka sedar, Allah memakbulkan doa mereka. Allah memakbulkn doa si jejaka semoga si gadis dipertemukan dengan org yang dapat menjanjikan si gadis kebahagiaan. Dan Allah memakbulkn doa si gadis agar di beri kekuatan dan kebahagiaan.

Sahabat ku, Allah memakbulkan doa kalian. Bersyukurlah..

Semoga kalian tetap kuat mengharungi liku hidup. Ingat lah, andai Allah memperkenan kan hubungan kalian, walau seisi alam membantahnya, tiada siapa boleh melawan ktentuan Allah dan andai Allah tidak memperkenankan hubungan kalian, walau seisi Alam menyokongnya, anda tetap tidak akan dapat bersama tanpa restu dari Allah swt. Ada jodoh tak kemana.

hmm, apa yang berlaku sesungguhnya memberi iktibar kepada saya. belajar dari pengalaman hidup orang lain adalah perkara yang seharusnya di ambil kira, kerana mereka telah melaluinya


so guys, hargai insan disekeliling anda. bagi yang baru clash, ingat ! dunia belum berakhir, kita ada Allah ! dan kita ada keluarga dan darah daging yang lgi penting untuk kita hargai. dunia belum berakhir tetapi baru bermula, bertahanlah, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya :)

SAYA PUN SAYANG KALIAN

-FATINFASHIEKIN-

Tuesday, July 26, 2011

BERHENTI MENANGISI KEHILANGAN

Assalamualaikum.
merenung ke sisi, melihat tangisan seorang sahabat yang merasa sakit di hati.
kekecewaan. kelukaan. kesakitan.

beliau sedang mengumpul kekuatan untuk bangun berdiri.
cergas berlari

sesungguhnya berat yang dirasakannya

WAHAI SAHABAT, BERSABARLAH

Wahai sahabatku,
Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.
  
Wahai sahabatku,
Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?

Wahai sahabatku,
Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.
  
Wahai sahabatku,
Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?


Wahai sahabatku,
Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.
Wahai sahabatku yang kecewa,
Bersabarlah…


Allah sentiasa bersama kita :)

senyumlah
DUNIA BELUM BERAKHIR



Monday, July 25, 2011

I LOVE WEEKEND. COME AGAIN PLEASE.


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan sekalian yang sudi membaca setiap bebelan yang terhasil dari jari jemari kecilku ini. Thank you so much my dear. Banyak perkara saya nak buat pada blog ini tapi still terbengkalai dan tertangguh. Kadang kala terfikir nak tukar layout lah, nk setting balik itu ini, tapi bila tiba masa, still tak terbuat buat juga. InsyaAllah ye kalian, akan dipertimbangkan ;)


Eh ! next week da bulan Ramadhan kan. Allhamdulillah kita masih dapat menikmati bulan Ramadhan, so nak story about next week, itu next week punya cerita lah kan, saya nk cerita mengenai last weekend (sabtu/ahad) . macam yang u all tahu, saya ke Batu Pahat menghadiri majlis aqiqah lil princess kak zura iaitu AINA ADRIANNA, terima kasih sayang yang tidak terhingga juga kepada incik jantung hati ku yang sudi meluangkan masa dan mengizinkan saya mencuri masanya untuk menjadi partner ku ke majlis tu. Terima kasih ye. 


Aina Adrianna, sebiji muka kak zura ! dan perangai pun macam kak zura, kami sampai je, kak liza kacau lil princess tu tapi dia tidurr je dengan nyenyak. So, memang tak tertukar bayi lah makna nya, sebiji kak zura sebab kuat tidur ! hehe. Pipi dia sangat bulat dan tiada rashes, of cz lah kan, bonda dia kerja farmasi, yelah sesetengah baby kan demam kuning lah, then pipi penuh rashes, tapi lil princess kak zura, sehat dan kuat ! sure sebab makan vitamin dari company nova. Haha. Then saya tanya kk zura, “ni nanti aina panggil kak zura mama ke ? ibu ke? Umi ?” dengan slumber kak zura kata “bonda” huhu. Bukan gurau-gurau. Bukan cobaan. Ini betul2. Katanya classic dan ada kelainan. Oh, can u all imagine, nnti 2020, lil princess kk zura memnggil nya “bonda” dan “ayahanda” fuhhh~ orang dengar pun 8 kali toleh.



Saya nak kenal kan u all kepada FIRA !!! sangat chomel ! rasa nk culik buat balik. Aisshh,  dengan baju pink dia. Muka innocent dia. Betul2 chomel ! bila tengok fira, teringat je hal percutian kat langkawi dengan ecah (mama fira), masa kami pergi bercuti bersama, fira dalam perut lagi, 7 bulan kot, rasanya lah kalau tak silap, ecah cergas lagi, sanggup naik cable car, mendaki lagi, berjalan kesana sini, masuk gua lah, lasak sungguh. Lepastu steady je. Bila dalam flight nak balik je baru lah dia mabuk dalam flight. Kami sibuk pass2 gula2 berangin pada ecah. Eheh, dan bila berjumpa lagi, fira da besar ! putih melepak, besar kemungkinan, masa ecah sarat mengandung, kan dia tengok saya kan, mungkin baby tu terkenan kan kulit saya kot. Thats y lah putih melepak macam saya juga. Hahahaa. *statement yang bakal mengundang kontroversi ;P


*giler chomel !!!~ saya nak macamni satu !! T_T


Dapat mlepaskn rindu pada my twin ! kak ain, sampai je Batu Pahat, saya dan incik lalan ke rumah ain, sampai je, wah, family dia dah hidangkan lauk, sup ayam, tempeh pun ada ! kalau orang jawa johor, kami akan makan bercecah tau. Goreng pisang cecah samabl tumis ke. Keropok cecah sambal kicap ke. So semalam, mak kak ain buat tempeh dan sambal kicap, incik lalan kan orang kedah, dia makan tanpa bercecah, saya tanya dia “tak tawar ke” kata orang jawa “anyep nanti rasanya” hehe. Kemudian paksa dia makan bercecah, kat rumah kk zura pula dia berkenan pada lepat pisang johor. So nampak gayanya, kena study buat lepat pisang pula lah lepas ni T_T saya kurang mahir lagi. Kalau goreng pisang retilah, lepat pisang, pening lagi, hehe



Around 5pm sampai muar, kami ke tanjung muar, naik bot mengelilingi muar, makan2 sambil menikmati bayu dtepi laut ! *laut ke ek? Huhu. Gambar ada pada incik lalan lah, nnti jumpa, saya publish ok. Ok. Ini sahaja yang berlaku. I’m very happy !!! Cuma nak lepaskan kak ain balik. Incik lalan balik. Kawan-kawan balik. Rasa sedih. Cepat je masa berlalu. Oh masa !!!! saya rindu mereka lagi. Rindu sangat sangat. Tak pa, raya ada lagi kan ?




Ok. Itu sahaja yang berlaku. Jaga diri u all ye. Kepada yang rasa hari isnin sangat membosankan. Dan kerja adalah sesuatu yg memenatkan, ingat lah, mana ada didunia ini kerja yang tidak penat. Ikut logik, ada ke ? yg lagi penat adalah. Apa yang kita ada sekarang, terkadang, tu adalah impian orang yang mengimpikannya. Trust me ;)


Friday, July 22, 2011

oh my lil darling


randomly, saya balik kerja, sampai je rumah
around 10pm, penat bkeja tp
sure akan tsenyum bila melihat dia.
but today, saya pulang awal,
like always too, dia berlari mgejar kepulanganku
i love my lil bro so much !!!

to future my mother in law,
trust me, saya boleh menjaga ur future
grandchild dengan penuh kasih sayang
hehe


;)

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...