FOLLOWER

Monday, May 28, 2018

KASEH JAGA MOMMY DEMAM

Ini pula kisah ke2,
Berlaku harini.
.
28mei2018 (9.40malam)
Incik lalan pi tahlil kawan meninggal,
Tinggallah saya dan kaseh,
Saya pula batuk selsema mcm nak demam.
.
Sebelum incik lalan pergi tahlil,
Kaseh ada juga masuk bilik,
Saya kata "mommy demamm"
Dia ajuk perbuatan incik lalan,
Letak tapak tangan kat dahi, pipi kiri, pipi kanan dan kata "nasss" (panas maksud dia versi pelat bdak 2tahun)
.
Kemudian incik lalan pn pi la tahlil,
Saya kesian pula kaseh sorang kat ruangtamu, saya pi kat dia, saya kata:
"TADI KASEH JANJI DENGAN DADDY NAK JAGA MOMMY ? MOMMY TAK SIHAT NI, MOMMY DEMAM, SIAPA NAK JAGA MOMMY ? DADDY TAK ADE.. SIAN MOMMY"
.
Saya saje je cakap macamtu kat dia,
Eh ! Tapi dia faham lah !
Dia merungut jugak "humm!" Dia capai patung kesayangan dia, kain lampin kesayangan dia, dan terus masuk bilik nak teman saya.
,
Allhamdulillah,
Ramadhan kalini banyak persepsi yg baik saya nampak dari kaseh walaupun masih kecil, baru 2tahun, bercakap pun masih tak reti sangat, sangat pelat.
.
Tapi tiap apa saya cakap,
Dia boleh terima,
Dia tahu nak faham emosi tiap ayat yang saya cakap.
.
Then, cepat2 saya call incik lalan sambil loudspeaker,
Kaseh dengar, dia pukul2 kaki saya,
Hahahah dia faham la mommy menyampaikan lat daddy hahahaahah
.
Kakak kaseh,
Mommy sayang kaseh,
Jaga mommy tau kalau mommy tak sihat bila tua nanti πŸ˜‡

Sunday, May 27, 2018

KASEH MACAM MOMMY

Harini 27 mei (ahad),
Saya siapkan makanan berbuka,
Elok letak atas meja, air cincau da elok dalam jug, sementara menanti waktu buka dan incik lalan balik dari kebun, saya rehat dalam bilik (sindrom letih sbb mengandung),
Kaseh pula bermain didepan tv,
.
Tiba-tiba, "splash !"
Cepat-cepat saya keluar dari bilik,
MasyaAllah ! Cincau berterabur atas lantai ! Habis basah karpet dan meja makan. Dah la saya letih. Kaseh muka agak takut, dia berdiri membatu, saya tahu dia takut dimarah.
.
Ye saya marah,
Sebagai mommy, saya kena marah dia, supaya dia tahu dia salah,
Kaseh baru 2tahun,
Saya membebel pada dia yg tegak berdiri, saya kata "mommy nak berehat, ada je kaseh buat, daddy pun tak sempat minum, tengk sekarang, basah !!" Saya jeling tajam kaseh (saja takutkan dia),
.
Saya membebel,
Kaseh tetap diam,
Kemudian saya ambil rakaman tanpa kaseh sedar, saya marah dia dgn konon2 mencubit dia (serius tak sakit, saya saje je gertak dia)
Tapi dia masih diam,
Hanya takungan airmata, tapi airmata tak keluar, dia bertahan !
.
Lepastu,
Saya berhenti membebel,
Pandang kaseh, dan kata
"Mari peluk mommy"
Dia terus datang kat saya dan peluk kuat, saya kata "mommy sayang baby, mommy kena marah bia baby tahu apa baby buat ni salah"
Terus dia menangis teresak-esak,
Meraung dia menangis,
Dan saya ajar dia sebut "sorry mommy" yela dia baru 2tahun, cakap pelat, so saya kena sebut dulu baru dia ajuk.
.
Allhamdulillah, kaseh dah sedia jd kakak, apa yang kaseh buat, respon bila kena marah, walaupun baru 2tahun, tapi bagi saya membanggakan, dan lagi mengharukan, respon dia sama seperti saya.
.
Walaupun dimarah, dia diam tak melawan. Tapi bila diperlukan, dia akan memberi sepenuhnya.
.
Kaseh, kalau suatuhari nanti kaseh baca blog mommy, tanyalah nenek, atok, makngah dan daddy, mereka ada tgk video yang mommy ceritakan kat atas.
.
Kenapa mommy marah kaseh ? Supaya kaseh tahu, perbuatan kaseh salah, andai menjadi tetamu dirumah orang, jangan ulang apa kaseh buat. Mommy kan mak kaseh, mommy kena tegur kaseh. Last, mommy suruh kaseh peluk mommy, sebab mommy nak kaseh tahu, walaupun mommy marah, mommy akan maafkan kaseh, dengan syarat, kaseh minta maaf dan sedar kesalahan kaseh.
.
Kaseh sama macam mommy,
Mommy sayang kaseh.

Sunday, May 20, 2018

MENGANDUNG DIBULAN RAMADAN

Peh tak tahu la kenapaaa,
Mengandung ni sindrom malasssssssssss sangattttt,
Adohai laaa, mlas gile
.
Sebelum ni,
Incik lalan nk pi beli beger pun,
I akan kata "nk ikut!"
Incik lalan keluar nak isi myak kerete jap pun, i akan kata "nk ikut!"
Senang kata kemana je incik lalan pi,
Ayat belakang i sambung "nak ikut"
.
Dulu Bila incik lalan mesej "siap jap lagi keluar" peh bukan main la i melaram. Sekarang ? Malas semua. Siap kata dgn incik lalan "malas nk bersiap", bila ikut incik lalan pun, kat dalam kerete i akan baringkan kerusi dan terbring macam ikan paus.
.
Mabuk memang ada juga,
Tapi sindrom malas serba serbi ni lagi teruk, dan x larat semua perkara,
Nasib baik laa incik lalan tu jnis boleh diharap, tp kkdg malam2 i ngis jgak tgk masa dia tdr, yela, selamani i layan dia tiptop, sekarang, dia uruskan sendiri, sian sngat.
.
Menu berbuka pun kedai sbb i masih mabuk, pening kepala nk tumis2, kalau sahur je i paksa gagahkan diri masak simple. Incik lalan x makan lauk panaskn, kesian dia kalau x sahur, so i gigih la tahan nafas sambil masak.
.
Incik lalan bising juga takut baby dalam perut pemalas, tapi nak buat acaner, mmg bukan malas dibuat, memang nk baring 24jam tau... fuh,.
.
Semoga kkuatan akn datang 😢
Semoga baby x malas mcm mak dia πŸ˜‘
.
Fatinfashiekin

Sunday, May 13, 2018

SURPRISE ANAK KEDUA UNTUK SUAMI

Hujung bulan 3,
I kan ikut husband outstation kat Westin. So kami plan nak bawa kakak adik jalan (reward utk upsr) plan memang best lah, kononnya bulan 12 ni lunaskan hutang tak berjalan tahun lepas pd kakak adik.
.
Tapi dalam masa sama seronok bercerita, i pula tgh berkire-kire,
Aish, kalau mengandung, bulan 12 tu tengah tarikh berslin (serius tak sangka pun pregnant) i confident je tak pregnant masani. So da cek flight tiket tau, nk booking da, hampir2!
.
Awal april,
I buat upt test, jawapannya "upt samar", uish, apa i pk akan terjadi, macammana nak holiday bulan 12 niiiiii, i bersalin masatu πŸ˜‘
.
Incik lalan duk sebut je plan holiday, i pula terkuis kuis dan kata "kite pi sebelum cuti sekolah tak boleh ke?" Tapiii, kesian kakak adik 😭
.
Incik lalan da pelik da i ulang-ulang cakap bulan 12 tak dapat join, dia asyik tanye "kenape-kenape-kenape"
.
Bila upt da betul2 pekat,
Masatu incik lalan balik kerja,
I get ready makan petang,
I letak upt kat bawah tudung saji,
Bila incik lalan bukaaa je,
Dia terkejut πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†
Dia kata "Plan bulan 12 cancel lh nampaknya" hahahahahha.
.
Maka, bulan 12 adalah waktu i berpantang, alaa kesian kakak adik, tahun lepas no holiday, this year pun sama,
.
Nampaknya,
Mereka bercuti area melaka je laaa,
Maafkan ibu wahai alisya dan akila,
Salah kan abah korang, ibu tak bersalah dalam hal ini πŸ˜†πŸ˜†

Wednesday, May 2, 2018

TAHUN KE 3

Allhamdulillah tahun ke 3 yg indah,
Orang kata sebuah rumahtangga bermula dengan :
5tahun pertama untuk membina
5tahun seterusnya untuk menikmatinya jika kita bjaya mbina dn harung dgn sabar.
,
Maksudnya,
Dalam 5tahun awal perkahwinan,
Pembinaan sebuah rumahtangga,
Pelaburan utk masa depan byk dikeluarkan, masani pasangan kena saling myokong.. seleps berjaya harung 5tahun perkahwinan dalam membina, seterusnya adalah mengutip hasil pelaburan ❤️
.
Betul ! I setuju,
Sekarang kami tahun ke3,
Banyak kami rancang,
Dan berharap penat ini, pelaburan ini membuahkan hasil.
.
Untuk tahun ke 3 berumahtangga,
I rasa i pun da matang (ceh ceh),
I kan 9tahun lagi muda berbanding incik lalan, so sebagai remaja (ehem!), kalau masa bercinta dulu i spesis kuat merajuk, sekarang tidak lagi, i da matang tau.. hahahaah,
.
Mungkin orang yg kenal kegilaan i akan pk yg i jenis macam kanak2 sikit, but percayalah, bila melibatkan suami dan anak, walaupun i mmg manje2 lagi, tapi i lebih rasional,
.
kalau i ade perkara tak berkenan, i direct kat incik lalan, i x simpan, sbb i tahu laki bukan jenis memahami.
Kalau ada perkara yg i merajuk pun, i tak kan panjangkan isu, i akan pk "aku nak jadi isteri solehah Ya Allah" perempuan mmg ada kedegilan yg tinggi even kkdg dia yg salah, so mmndangkan i tahu mulut i kuat bebel, Allhamdulillah untuk tahun ke3 ni i da x bebel dah.
.
Cara i handle mood i kalau tgh marah dan Kalau i merajuk, i akan kemas rumah hahaha. Ye, pernah i merajuk sbb incik lalan tak belikan char kuew tiaw, pukul 12malam i basuh baju, mop lantai, ubah sofa, incik lalan th i marah, so dia pn tlg mgemas. Haha. Hello, perempuan kalau lapar mmg boleh naik hantu tau, so i alihkan marah i jadi kepenatan, berbaloi πŸ‘πŸ»rumah kilat HAHAHAH
.
Allhamdulillah untuk 3tahun ini,
Perjalanan masih jauh sbb cita2 i nak sampai syurga dgn incik lalan?
Semoga Allah memberkati rumahtangga kami sehingga syurga.
.
==========================
Surprise dari incik lalan :

I ingat dia lupe, so i diam la,
Tapi malam anniversary,
Dia kata nk kelua,
I bia je sbb i tgh mabuk skg,
I da get ready nak tidur, matikan lampu,.. tetibe je incik lalan masuk sambil nyni "happy anniversary— happy anniversaryyyy" hehe,
Allhamdulillah dia ingat,
.
This year no holiday,
Plan semua out,
I mabuk agak teruk, sgt teruk bbanding masa pregnant kan kaseh,
Pening loya 24jam πŸ˜‘naik kerete sket je muntah, Allahuakbar.... semoga dpermudahkan.
.
Apapun,
Ayang sayang abang !!!!

DEK KERANA ANAK πŸ˜…

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...