FOLLOWER

Sunday, June 12, 2016

LAWAT KAWASAN


Turun kerete.. silau.. kecikkan mata..
Seluar jeans meleret ketanah..lipat sikit..
Kaki tertenjet tenjet berjalan atas tanah merah sebab kasut heels.. bila dapat berdiri kawasan kukuh rata, incik lalan bagi anak pada saya dan dia berjalan laju capai tali air... saya bersandar tepi kereta, tangan kiri pegang baby, tangan kanan kipas kan baby pakai kipas berbetri..


Dari kejauhan tgk suami kesana sini,
Haish, rasa kesian mendalam pada suami.
Lepastu cium dahi baby dn kata :
"B jadi anak yg baik ye, see, daddy penat cari rezeki untuk kite sekeluarga, banggakan mommy dan daddy tau"...


Lepastu incik lalan datang dekat dn kata 
"Oi!!! Bercakap sorang2!!!"


Saya :
Tak delah, sian kat awak,
Berpanas kat kebun ni selalu,
Tak yah lah berkebun lagiiii.. penat laa..
Kesian kat awak..



Dia :
Ehhhh, maneboleh! 
Ni bini no 2 saya tau..
Sehari tak jumpa resah gelisah,
Rasa rindu membara,
Umpama pungguk rindukan bulan,
Lagi sayang kt kebun berbanding awak tau..



Saya :
(-_-") 


Tu la, malas nk romantik2 konon caring2 kat incik lalan ni, dah agak daaa, hobi dia ni memang tak dapat nak dipisahkan, dah cinta mati dah (T_T)


Ape tak cinta habisnya kat kebun,
Panas ke, hujan ke, merengek rengek nk lawat kebun jugak... kadang2 saja je kat rumah saya tipu kata "rumah hujan lebat, guruh bdentum gegar2 rumah, balik lah, takut sangat!" bila dia sampai rumah tgk setakat gerimis. saja je buat trick macamtu, kalau tak, saing burung hantu dia balik..


‎Pastu balik rumah,
Dengan keadaan compang camping,
Macam indon, indon pn hensem.. (-_-)
Kadang2 dari pagoh nk kemelaka, kt tol B dia menangis.. so terpaksa call daddy dia datang jemput untuk pujuk B (seriously daddy dia ada kuasa tenangkan anak) so dari kebun incik lalan datang la pada kami, dengan keadaan compang camping sampai saya rasa "suami aku ke ni!!! Dengan baju kebun dia pakai baju yang dah terkene klorox tompok-tompok" haih. Jangan kata saya tak jaga pakaian dia, dia memang cri baju buruk nak ke kebun.. dia kata "ala,nk tabur tahi ayam je punn" tapi xpela, kang hensem2 aneh pula huhu


Apapun,
Sekarang da dekat 2 tahun kahwin ni,
Saya dah tak kisah dah dengan hobi dia,
Sebab rezeki dia pun murni,
Berbakti pada tanah,
Asalkan dia cari rezeki halal, jujur, sayangkan saya dn keluarga, ada bahagian utk saya, cukup lah hahahaha.



P/s : saya suka dia berkebun, tapi saya tak suka dia memancing. Sebab memancing kena ke tengah laut sana, saya risau. Saya dh wrning awal inform dia, saya tak suka sebab saya sayang dia. Saya risaukan dia. Allhamdulillah dia faham. Yela, bayangkan tengah laut, mana ada line, dia bukannya selera nk memancing kat parit. Demand laut. So dia bseronok dengan kawan kat tengah laut memancing. Saya kat rumah, pucat lesi risau, pk orang lemas lah, pk tsunamilah. Sakit jantung den dibuatnya.


Lady faizal,
FatinFashiekin


No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...