FOLLOWER

Monday, November 2, 2015

TAK NAK AJAR ANAK TIDUR GUNAKAN BUAI

Harini mama kata dah jumpa bidan yang nak mengurut saya masa pantang. Bidan kata tak perlu beli set bersalin kerana barangan dia siapkan. Antara yang dia siapkan (yg saya sempat alert) 1)pilis 2)mengurut 3)mandikan saya 4)mandikan baby 5)mknn/minuman jamu 6)buaian kan bby tidur


Dengar statement "buaikan baby",
Saya rasa terkejut. Saya kata lah "akak tak nak ajarkan baby buai nak tidur".. my mama bit marah dan kata macammana pengasuh nak jaga (T_T) dan i'm bit kecewa, patutnya as mama and future grandma, my mom akan faham.


Banyak situasi depan mata saya yang saya rasa "saya tak kan ajar anak saya tidur buai"... contoh raya, orang lain sibuk beraya, tapi ada baby yang mengamuk nak kan buaian, dah kelam kabut saudara mara nak mencari buaian, nak ikat tali lah. Yang lagi parah, baby yang diajar dengan buaian elektrik, baby dah terbiasa dengan henjutan selari buaian, bila dapat buai biasa, baby tak nak dan mengamuk. Kesian dan scary saya tengk (T_T)


Kenapa saya tak nak ajar anak tidur dengan buaian? Jawapan saya :
I'm travel mommy--


faham maksud saya? 


Saya bukan lah wanita yang balik kerja terus sampai rumah. No. I'm PJJ mommy. Ulang alik pagoh-melaka.‎ Saya kena didik my baby tidur dengan keadaan lena tanpa buaian. Just letak dalam car seat dan sleep. Saya kena ajar baby macamtu. Agar sepanjang pemanduan saya baby tak meragam mencari buaian. Sama juga situasi kalau saya kerja, daddy dia kena jaga, i'm sure daddy dia akan bawa balik melaka. Dan ofcz juga, daddy dia nak drive secara aman. Can u imagine kalau ajar buaian? Ttiba baby nak tidur dan meragam dalam perjalanan dalam keadaan saya seorang drive. Kalau siang okey lah. Kalau malam? Tak ke panik (T_T)


Tambahan pula, keluarga mertua jauh di utara. Bukan dekat johor-kedah tau. Saya nak kan perjalanan yang mendamaikan. Baby senang tidur, mommy pun senang jaga. Saya tak nak jadi situasi macam saudara saya, sepanjang perjalanan terpaksa dodoi baby goyangkan tangan menjadi buaian, tu pn bby mengamuk lagi sebab dah terbiasa dengan rentak hayunan buaian. Oh, saya tak nak macamtu.


Dan, kalau ttiba suami ajak makan angin, nak kena naik flight. Mana ada buaian dalam flight (T_T) kesian baby. Kesian parent. Kesian orang yang terpaksa dengar tangisan baby. Kan? 


Saya buat keputusan bukan atas sebab "moden". Tapi atas dasar "memang kenaaa.. i'm travel mommy"...........


Baru part buaian saya dah terasa bahang-bahang panas isu akan belarutan kepada sanak saudara dan jiran tetangga,‎ Ni belum lagi part saya terfikir tak nak bagi baby susu formula, nak bagi breast feeding, so akan pam kan dan letak dalam freezer, so pengasuh akan kena panaskan sebelum nak bagi baby. Lagi leceh. Agaknya kena kecam tak ye? (-_-")


Ok. Part breastfeeding baby tu sedang difikirkan lah. Part buaian saya memang kena tegas. Hopefully orang sekeliling faham. Kalau tak faham dan kecam, iols kunci pintu, tak payah melawat iols dalam pantang. 


Sekarang baru faham, kenapa ibu dalam pantang meroyan dan sanggup terjun dari tingkat 10 bangunan (T_T) haha. ‎Dan sekarang faham istilah "semua mak nak yang terbaik untuk anaknya".. 


‎Klik link sebelah utk TIPS TIDURKAN ANAK TANPA BUAIAN : http://vic-mycerita.blogspot.my/2014/02/tips-tidurkan-bayi-tanpa-buaian-untuk.html?m=1


Tak pa, biar orang kecam sekarang setakat tak ajar anak tidur dalam buaian. Daripada orang kecam iols letak anak dalam buaian elektrik dan kata iols mak yang pemalas. Tak pun berjalan kerumah orang then anak menangis tak nak berhenti sebab nak kan buaian dan orang kecam iols tak tahu jaga anak. kan? 



Bakal mommy,
FatinFashiekin

2 comments:

MizzTina said...

assalam.. dulu pendirian akak sm mcm awak.. tak akan sesekali ajar anak tidur buai.. tp meleset sbb anak lebih lena tidur dlm buai..tp alhamdulillah tak la mengada² tiap kali nk tidur kena berbuai sebab ajar dia, bila dh lena, kuarkan dari buai.. dan bila kite ada kt umah, buai memang tak guna langsung... kena hadkan penggunaan buai, barula anak tak mengharap buai tiap kali nak tidur.. chill ok.. :)

Han Hanni said...

Mak saya pun bagitahu kat anak menantu agar jangan ajar anak tidur buai. Nanti payah anak nak tidur kalau takde buai..

Nak ke mana mana nak kena bawak buai.
Anak tak puas tidur kalau takde.

Tapi tu laa, setiap orang berbeza.
Takpe, mana tahu nanti mak n bidan urut tu paham kemahuan fatin kan...

Jangan stress2..

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...