FOLLOWER

Tuesday, April 24, 2012

TERSENTUH. ALFATIHAH.

Tadi saya terbaca luahan seorang isteri di wall fb melalui news feed. Katanya :

" Saya sekarang disuruh mengajar seni visual, saya tak pandai melukis, kreatif dan inovatif macam awak.. Kan bagus kalau awak masih ada, semua yang berkaitan seni pasti awak boleh tolong saya.. "

Tersentuh hati saya membaca nya. Kerana luahan hati itu ditujukan untuk arwah suaminya yang meninggal dunia ketika dia sarat mengandung, kadang-kala saya perhatikan si isteri upload gambar anaknya di wall arwah suaminya, seumpama ingin berinteraksi dan mengharapkan respon dari orang yang telah tiada.

Terasa sayu bila memerhatikan luahan isteri yang sangat merindui suaminya. Dan bila saya tengok gambar-gambar mereka bersama ketika berbulan madu, sangat-sangat membuatkan saya juga hampir menitiskan air mata. Berat mata memandang, berat lagi yang memikul.

Semoga si suami tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Alfatihah.


*so kpd semua, terutama perempuan, seeloknya, beritahu parent or bestfriend paswod fb u all. Ajal maut dtangan Tuhan. Andai kita dah tiada, ada org blh deactive kn nya dan tidak mendatg kn kesan negative kpd sesiapa.

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...